Saturday, December 06, 2014

Abu Hurairah r.a

No comments:


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa yang hendak merasai kenikmatan iman, maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain, semata-mata kerana Allah."
 (HR Musnad Ahmad, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
 " Berdiri sejenak di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari beribadat pada malam lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad."
(HR Ibn Hibban)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedeqah. Dan tiada keehsanan yang lebih baik daripada berzikir kepadaNya."
 (HR Tabrani)

Dari Abdullah bin Umar r.a berkata; telah bersabda Rasulullah SAW:
" Sembahlah Ar-Rahman, berilah makan dan sebarkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki syurga dengan kesejahteraan."
 (HR Tirmizi)

Dari Abu Umamah al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Dari amalan-amalan; Allah SWT hanya akan menerima amalan-amalan yang dilakukan ikhlas semata-mata untukNya dan yang bertujuan untuk mendapatkan redhaNya sahaja."
 (HR Nasa’i)

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang-orang Musyrik. Maka Baginda SAW telah bersabda:
" Aku tidak diutus sebagai seorang pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat."
 (HR Muslim)

Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik."
 (HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Barang siapa yang keluar dijalan Allah SWT walau untuk satu petang, maka sebanyak mana debu yang melekat padanya, dia akan diberi kasturi sebanyak itu dihari kiamat nanti."
 (HR Ibnu Majah)

Dari Jabir r.a berkata bahawa para sahabat telah berkata: ya Rasulullah! Anak-anak panah khabilah Thaqif telah memusnahkan kita, Tuan doakan keburukan terhadap mereka. Baginda SAW bersabda: Ya Allah! Berilah hidayah kepada kabilah Thaqif!
(HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat."
 (HR Ibn Hibban)

Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah."
 (HR Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas(pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah."
 (HR Bukhari)

Hazrat Abdullah bin Qais Al Khuza’i r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 " Barangsiapa berdiri dengan penuh perasaan riak dan sum’ah (suka dipuji-puji), dia sentiasa di dalam kemurkaan Allah SWT sehingga dia duduk (dan meninggalkan niatnya itu)."
 (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Jabir r.a berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda: Syaitan merasa kecewa kerana tidak dapat menukar akidah orang-orang semenanjung Arab tetapi tidak merasa kecewa untuk menyebarkan fitnah, perbalahan dan perpecahan dikalangan mereka.
 (HR Muslim)

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa yang menunjuk sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seseorang dalam kesukaran."
  (HR Bazzar dan Targhib)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Bukanlah dari kalangan pengikut kami, yang tidak berkasih sayang kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak menghormati yang tua dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang tidak melarang dari kejahatan."
 (HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Barang siapa yang datang berjumpa Allah SWT dalam keadaan tubuh badannya tidak mempunyai langsung tanda berjihad, maka dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan dirinya yakni agamanya ada cacat cela."
 (HR Abu Daud)

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a telah berkata bahawa ada seorang telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalan yang paling afdhal? Baginda SAW telah menjawab: Menunaikan solat pada waktunya, berbakti kepada kedua ibubapa dan berjihad di jalan Allah SWT.
 (HR Bukhari)

Dari Abu Umamah al-Bahiliy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah maka Allah akan meletakkan diantaranya dan neraka satu pemidang yang besarnya adalah jarak diantara bumi dan langit."
 (HR Tirmizi)

Dari Uthman bin Affan r.a berkata bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Berkawal satu malam di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari seribu malam yang dihabiskan waktu malam itu dengan berdiri beribadat dan siangnya dihabisi dengan berpuasa."
 (HR Musnad Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah."
 (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • GHIBAH ( mengumpat ) dan Memfitnah
    06.04.2014 - 0 Comments
    Allah S.W.T.mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.  "Jangan setengah kamu mengumpat yang…
  • Keutamaan Dan Kelebihan Solat Malam
    08.01.2015 - 0 Comments
    Keutamaan Solat Malam Allah SWT telah berfirman kepada Rasul-Nya "Wahai orang yang…
  • Logo Halal di Malaysia
    11.01.2015 - 0 Comments
    Takrifan Halal Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai : Pihak Berkuasa Yang…
  • Download Quran
    02.11.2014 - 0 Comments

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang tiada sesuatu daripada (penghafalan) Al-Quran di dalam dadanya adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong. (HR Tirmizi)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template