Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan. Sahabah r.hum telah bertanya:
Apakah Jubbul-Hazan itu? Nabi SAW telah bersabda: Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak seratus kali setiap hari. Rasulullah SAW ditanya: Siapakah yang akan memasukinya? Nabi SAW telah bersabda: Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk."
(HR Tirmizi)
Hazrat Abu Said bin Abu Fadhalah Al Ansari r.anhu yang merupakan salah seorang sahabat berkata, daku dengar Rasulullah SAW bersabda:
" Tatkala Allah Ta’ala menghimpunkan manusia pada hari Kiamat iaitu pada hari yang tiada keraguan mengenainya, berserulah satu penyeru: Barangsiapa yang menyengutukan di dalam amalannya sesuatu dengan Allah SWT, maka mintalah pahalanya daripada selain Allah SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Kaya yang tidak memerlukan perkongsian sesiapa pun."
(HR Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a berkata meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sesiapa yang untuk menghasilkan dunia telah mempelajari suatu ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk mendapatkan redha Allah SWT, dia pada hari Kiamat nanti tidak akan mencium walaupun bau syurga."
(HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-banga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama – walaupun dengan cara yang halal – dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah SWT akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga; maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama."
(HR Baihaqi)

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."
(HR Muslim)
Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah diantara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan."
(HR Muwatta’ Imam Malik)
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Akan dipersembahkan amal-amal manusia pada hari Isnin dan hari Khamis. Barangsiapa yang memohon pengampunan maka akan diampuniNya pada hari itu, dan barangsiapa bertaubat akan diterima taubatnya (tetapi) orang yang ada sifat membenci atau berdendam akan ditinggalkan sehinggalah dia bertaubat daripadanya."
(HR Tabrani, Targhib)

" Alamat munafik itu ada tiga: Apabila bercakap dia bohong. Apabila berjanji dia tidak menepatinya dan apabila diberinya amanah dia khianat."
(HR Muslim)
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Barangsiapa bersumpah palsu dengan sumpah palsu dan mengambil hak seorang muslim yang lain Allah akan mewajibkan baginya memasuki neraka Jahannam dan haram ke atasnya syurga. Seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah SAW walaupun di atas satu benda yang remeh? Nabi SAW bersabda: Ya walaupun sebesar satu ranting dari pohon arak."

" Tidak akan memasuki syurga bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya."
(HR Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya."
(HR Bukhari)
Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa tersebut." (HR Tirmizi)
Dari ‘Iyaz bin ‘Imar r.a berkata, wahai Nabi Allah, seorang lelaki daripada kaumku telah mencaci dan memburuk-burukkanku sedangkan dia ialah seorang yang lebih rendah kedudukannya daripadaku. Bolehkah daku membalas balik akan caciannya itu? Nabi SAW bersabda:
"Apabila dua orang mencaci maki antara satu sama lain, adalah seumpama dua syaitan yang mana kedua-duanya mencaci maki dan berkata bohong antara satu sama lain."
(HR Ibnu Hibban)

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."
(HR Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahmi yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau pun diam."

" Ruh seorang mukmin akan tergantung (tidak sampai ke tempat yang penuh dengan kerehatan yang dijanjikan untuk orang-orang yang beriman) selagi hutang-hutangnya tidak dibayar."
(HR Tirmizi)
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ditanya, siapakah yang paling mulia di antara manusia? Baginda SAW menjawab:
" Setiap orang yang hatinya Makhmum dan lidahnya jujur. Sahabat r,hum bertanya; Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati Makhmum? Baginda SAW menjawab: Makhmum ialah orang yang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikit pun perasaan dengki atau irihati padanya."
(HR Ibnu Majah)
Dari Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Seorang muslim adalah seorang yang tidak menyakiti muslim yang lain dengan lidah atau dengan tangannya dan seorang muhajir adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. (HR Bukhari)

No comments:
Post a Comment