Sunday, April 06, 2014

GHIBAH ( mengumpat ) dan Memfitnah

No comments:
Allah S.W.T.mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.

 "Jangan setengah kamu mengumpat yang lain.Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)
( surah al-Hujurat : 12 )

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Setiap muslim haram darah,harta dan harga dirinya atas muslim lainnya"

Baginda juga bersabda:

"Takutlah ghibah.Ia lebih buruk dari zina .Lelaki berzina lalu taubat,Allah menerima taubatnya.Sedangkan Allah tidak mengampun orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat memaaafkannya."

Dari Abi Hurairah r.a dia berkata: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Siapa makan daging saudaranya di dunia,kepadanya diberikan dagingnya di hari akhirat dan dikatakan,makanlah bangkai itu,Sesungguhnya engkau telah memakannya waktu kamu hidup."

Kemudian ia memakannya.Nabi s.a.w, membaca firman Allah s.w.t :

"Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati ( bangkai )."

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
    19.04.2015 - 0 Comments
    Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa  Beruntunglah kepada mereka yang dapat membaca dan layak…
  • قبر
    27.01.2015 - 0 Comments
    قبر قبل يوم و الدمار لأولئك الذين لقوا حتفهم سوف تشهد مرحلة من مراحل الحياة الآخرة يسمى البرزخ…
  • Pagi Dan Petang Kerana Allah S.W.T
    07.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith14 Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Sepagi atau sepetang di…
  • Kehidupan Dunia Yang Berbeza
    09.02.2015 - 0 Comments
    Inilah kehidupan Dunia Kisah kita mungkin berbeza Cerita kita mungkin tidak sama Kesedihanmu…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Diriwayatkan daripada Hadhrat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang menyeru kearah hidayah dan pekerjaan yang baik, dia akan mendapat pahala sama banyak dengan pahala orang-orang yang mengikutnya. Dan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang-orang yang mengikutinya. Begitu juga, sesiapa yang menyeru kejalan kesesatan, dia akan mendapat dosa sepertimana dosa orang-orang yang mengikuti kesesatan itu. Dan kerananya tidaklah berkurangan dosa orang-orang yang mengikutinya itu. (HR Muslim)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template