Saturday, December 06, 2014

Solat Secara Berjemaah Lebih Di Sukai Allah S.W.T

No comments:



Dari Umar ibn Al Khattab r.a meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:  "Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai solat secara berjemaah."
 (HR Musnad Ahmad)

Dari Abdullah r.a berkata bahawa aku melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat, dan terdengar dari dadanya suara seperti putaran batu gilingan kerana tangisannya.
 (HR Abu Daud)

Dari Ummi Farwah r.ha berkata; Rasulullah SAW telah ditanya oleh seseorang, apakah amalan yang terafdhal? Baginda menjawab: Solat di awal waktu.
(HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 "Dunia ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir. "
(HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa meninggalkan solat dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya.
 (HR Bazzar, Tabrani)

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi."
(HR Hakim)

Dari Ibnu 'Abbas r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Seorang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid."
(HR Tirmizi)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Pergi ke masjid di waktu pagi dan petang adalah sebagai Jihad di Jalan Allah.
(HR Tabrani)

Dari Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa berwudhu' walaupun dia masih suci (memperbaharui wudhu'), dia akan mendapat sepuluh kebaikan."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah."
 (HR Tabrani)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa."
 (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga."
 (HR Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman." (HR Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Seorang hamba tanpa berfikir panjang mengatakan satu perkara yang kerananya dia akan terhumban ke neraka Jahanam lebih jauh dari jarak bumi dan langit."
 (HR Muslim)

Dari Hasan r.a berkata telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  " Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah."
 (HR Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Keelokan dan kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia."
 (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu."
 (HR Hakim)

Dari Hind bin Abi Halab r.a ketika menceritakan peribadi Nabi SAW berkata bahawa Rasulullah SAW; (kerana umatnya) berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun. Baginda selalu diam dan tidak akan berbicara jika tidak perlu."
 (HR Tirmizi)

Dari ‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan."
 (HR Musnad Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Wasiat Rasulullah s.a.w. Kepada Fatimah Az-Zahra
    29.01.2015 - 0 Comments
      10 Wasiat Rasulullah saw.kepada puterinya Fatimah Az-Zahra "Ya Fatimah, wanita yang…
  • Pembakar Semangat Kita Yang Mengeluh
    02.04.2015 - 0 Comments
    Pembakar Semangat   Kita mengeluh:  “eeeiii, aku penat sangat..." ALLAH menjawab:  …
  • قبر
    27.01.2015 - 0 Comments
    قبر قبل يوم و الدمار لأولئك الذين لقوا حتفهم سوف تشهد مرحلة من مراحل الحياة الآخرة يسمى البرزخ…
  • Hukum Merokok Dari Pandangan Islam
    11.01.2015 - 0 Comments
    Merokok Dari Pandangan Islam  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Ubadah ibn Samit r.a sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba yang selalu bersujud kepada Allah, kecuali setiap sujud Allah mencatit satu kebaikan baginya dan menghapuskan satu dosa dan mengangkat satu darjat. Maka perbanyakkanlah sujud (kepada Allah dengan mengerjakan solat). (HR Ibn Majah)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template