Wednesday, July 17, 2013

Kenali Siapa Rasulullah S.A.W

No comments:

Berselawatlah kita kepada Baginda S.A.W
RASULULLAH S.A.W

  Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib(Syaibatul Hamd) bin Hashim (Amru ) bin Abdul Manaf (Al-Muhgirah ) bin Qusai ( Zaid ) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadhar ( Qais ) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah ( 'Aamir ) bin Ilias bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.
  Sebenarnya nasab Baginda sampai kepada Nabi Ibrahim a.s melalui Nabi Ismail a.s ( bapa Arab ) namun yang di ittifak ( dipersetujui ) para ulama sehingga Adnan,manakala selepas Adnan menjadi khilaf ( perselisihan ) pada perawinya.Namun menjadi kesepakatan ulama bahawa diketahui Adnan itu adalah dari Nabi Ismail a.s sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Zadul Ma'ad.

NAMA DAN GELARAN RASULULLAH S.A.W

Di dalam kitab Muhammad karangan Muhammad Redha,terdapat hadis yang menerangkan tentang nama-nama Baginda S.A.W selain Muhammad atau Ahmad.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya bagiku ada beberapa nama antaranya,"Aku Muhammad,aku Ahmad,aku Al-Mahi kerana Allah menghapuskan bagiku kekafiran,aku Al-Hasyir kerana manusia akan dihimpunkan atas jalanku,aku Al-'Aaqib kerana tiada selepasku nabi."

Kisah bagaimana nama Muhammad diperoleh oleh ibunda Baginda S.A.W
  Sewaktu Baginda S.A.W dikandungkan oleh ibunya Aminah pada bulan pertama,datang Nabi Adam a.s di dalam mimpi Aminah dan berkata berilah nama anakmu itu dengan nama Muhammad.Pada bulan kedua ,Aminah juga didatangi oleh Nabi Adam a.s dan seterusnya meminta kepadanya supaya diberikan nama Muhammad sehinggalah bulan yang kesembilan.


KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W

Muhammad S.A.W dilahirkan di tengah-tengah kota Makkah Al-Mukarramah pada hari Isnin,12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M iaitu pada tahun Gajah.Tahun di mana peristiwa penyerangan ke atas Baitillah il-Haram oleh sepasukan tentera di bawah pimpinan Raja Abrahah.Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim setelah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa Baginda berusia dua bulan di dalam kandungan.

BIDAN RASULULLAH S.A.W

Asy-Syifa' binti Rahman bin Auf.


No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template