Petikan hadith11
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Masjid ialah rumah bagi orang-orang yang bertakwa, Allah SWT telah mengambil tanggungjawab ke atas mereka yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan: Aku akan memberi kerehatan dan rahmat kepadanya, Aku akan mudahkan meniti titian Sirat untuknya, mendapat keredhaan Allah SWT dan Aku akan mengurniakan syurga kepadanya."
(HR Tabrani)
Dari Sa’di r.a menceritakan bahawa satu ketika kami duduk bersama-sama Nabi SAW. Nabi SAW bersabda:
" Adakah salah seorang daripada kamu sanggup melakukan kebaikan seribu kali setiap hari? Salah seorang daripada kami yang duduk di majlis itu bertanya: Bagaimana seseorang boleh memperolehi seribu kebaikan setiap hari? Nabi SAW bersabda: Bertasbih (Subhanallah) seratus kali akan dituliskan ganjaran untuknya seribu kebaikan. Dan seribu dosa akan dimaafkan."
(HR Muslim)
Dari Ali r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Tidaklah seorang muslim mengunjungi seorang muslim yang sakit diwaktu pagi kecuali 70,000 malaikat berdoa memohon rahmat ke atasnya sehingga ke petang, atau berkunjung kepadanya di waktu petang, melainkan 70,000 malaikat berdoa ke atasnya sehingga ke pagi, dan dia mendapat sebuah kebun buah-buahan dalam syurga."
(HR Tirmizi)
Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
" Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat khianat, dengki (dan semua keburukan): 1. Beramal untuk redha Allah SWT, 2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin, 3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu."
(HR Ibnu Majah)
Dari ‘Amr bin ‘Auf r.a menukilkan sabdaan Baginda SAW bahawa:
" Agama pada mulanya adalah satu perkara yang asing (dagang), kelak tidak lama lagi ia akan kembali menjadi asing seperti mula dahulu. Kerana itu berita gembira bagi orang-orang Islam yang kerana agama mereka dianggap sebagai terasing, mereka itu ialah orang-orang yang membetulkan jalanKu yang telah dirosakkan orang-orang selepasKu."
(HR Tirmizi)
Dari Samurah ibn Jundab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Di antara mereka (ahli neraka) di makan oleh api hingga sampai ke buku lalinya dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke lututnya. Dan di antara mereka ada yang dimakan oleh api hingga sampai ke pinggang mereka dan sebahagian dari mereka ada yang dimakan oleh api sampai ke tulang dadanya."
(HR Muslim)
Dari Anas r.a meriwayatkan, Aku mulai berkhidmat kepada Rasulullah SAW ketika umurku 8 tahun. Selama 10 tahun berkhidmat dia tidak pernah menyalahkan aku apabila berlaku kerugian (kesalahan) yang berlaku dengan sebab tanganku. Dan jikalau seseorang daripada keluarganya menyalahkan aku, Baginda akan bersabda: Biarkan dia, kerana sesungguhnya jikalau sesuatu telah ditakdirkan, pasti akan terjadi!
(Masabi hus Sunnah)
Dari Abu Malik Al-Ashari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah bilik yang mana tembus pandangan, dari dalam boleh dilihat apa yang ada diluar dan dari luar dapat dilihat apa yang ada di dalam. Allah menyediakannya khas untuk mereka yang memberi makan kepada fakir miskin, menghamburkan salam, dan bersolat malam di mana manusia sedang nyenyak tidur."
(HR Tabrani)
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah SWT jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah SWT akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam, kedua orang yang pergi ke masjid, ketiga orang yang keluar dijalan Allah SWT."
(HR Ibn Hibban)
Dari Mahmud bin Labidh r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Dua benda yang mana tidak disukai oleh manusia, pertama ialah maut sedangkan maut itu lebih baik daripada fitnah. (kerana dengan kematian manusia akan terhindar dari fitnah yang boleh merosakkan agama). Kedua ialah kurangnya harta, sedangkan dengan kurangnya harta sedikitlah penghisabannya di hari akhirat kelak."
(HR Musnad Ahmad, Majma uz Zawaid)
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:
" Bilakah akan berlaku hari Kiamat wahai Rasulullah? Baginda Rasulullah SAW menjawab: Apakah persiapan engkau untuk hari itu? Dia menjawab: Aku tidak ada persiapan untuk itu dengan banyak bersolat, dan puasa sunat atau pun bersedekah, akan tetapi aku mencintai Allah dan RasulNya. Nabi SAW bersabda: Kamu akan berada bersama dengan orang yang kamu cintai."
(HR Bukhari)
Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
" Bilamana kamu terlalu sibuk di dalam urusan jual beli, dan kamu memegang ekor lembu dan leka bercucuk tanam dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah SWT akan menimpakan ke atas kamu kehinaan yang tidak akan terluput sehinggalah kamu kembali kepada ugamamu (yang berjihad itu adalah sebahagian darinya)."
(HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Jikalau seseorang menghilangkan satu dari kesusahan seseorang di dunia ini, Allah akan menghilangkan satu kesusahan darinya pada hari akhirat. Dan jikalau seseorang menyembunyikan satu kesalahan seorang muslim, Allah SWT akan menyembunyikan kesalahan-kesalahannya di akhirat, Allah SWT akan tetap membantu seorang selagi dia membantu saudaranya."
(HR Musnad Ahmad)

" Barangsiapa yang menyertai jenazah dan mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sama dengan satu qirat, dan barangsiapa yang menyertai jenazah sehingga ke kubur akan mendapat pahala sama dua qirat. Apabila ditanya, apa itu dua qirat. Rasulullah SAW menjawab: (Sama dengan) dua gunung yang besar. Dalam riwayat lain, bahawa dua gunung, yang paling kecil seperti gunung Uhud. (HR Muslim)
Dari Umar r.a berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa merendahkan diri kepada Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya. Mereka ini sentiasa melihat dirinya kecil tetapi pada pandangan orang lain dia adalah besar. Barangsiapa berlagak sombong Allah SWT akan menjatuhkannya dan hilang rasa hormat orang terhadapnya. Mereka ini merasa dirinya besar, tetapi orang lain mengira dia lebih buruk daripada anjing atau babi."
(HR Baihaqi)
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Seorang hamba mengatakan satu perkara yang diredhai dan dia merasakan perkara itu tidak penting tapi kerananya Allah SWT akan meninggikan darjatnya, dan seorang hamba mengatakan satu perkara yang dimurkai Allah SWT dan dia tidak menghiraukannya, tapi kerana perkara itu dia akan tersungkur di dalam neraka Jahanam."
(HR Bukhari)
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Doa seorang muslim kepada saudaranya yang tidak hadir adalah makbul. Seorang malaikat berada dari arah kepalanya dan apabila dia berdoa untuk kebaikan saudaranya malaikat ini akan berkata amin dan (kepada orang yang berdoa, malaikat berkata) semoga engkau menerima serupa (apa yang engkau doakan untuk saudaramu)."
(HR Muslim)
Dari Sahl bin Sa’ad r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Agama ini adalah satu khazanah kenikmatan. Khazanah-khazanah nikmat ini mempunyai anak-anak kunci. Berbahagialah hamba itu yang Allah telah menjadikannya kunci kebaikan (dan) penutup kejahatan. Yakni Allah telah menjadikannya asbab hidayat. Dan kebinasaanlah buat hamba yang Allah Ta’ala telah menjadikannya kunci kejahatan (dan) penutup kebaikan. Yakni menjadi punca kesesatan." (HR Ibn Majah)
Hadrat Durrah binti Abi Lahab r.a berkata bahawasanya Rasulullah SAW berada di atas mimbar lalu berdiri seorang lelaki dan bertanya: Ya Rasulullah! Siapakah orang yang terbaik dikalangan manusia? Baginda SAW bersabda: yang terbaik dikalangan manusia ialah orang yang paling banyak membaca Al-Quran, yang paling bertakwa, yang paling banyak menyuruh akan kebaikan dan melarang dari kemungkaran dan yang banyak menghubungkan silaturrahim."
(Musnad Ahmad, Tabrani)
Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat r.hum bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa."
(HR Baihaqi)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit."

No comments:
Post a Comment