Thursday, January 08, 2015

Keutamaan Dan Kelebihan Solat Malam

No comments:


Keutamaan Solat Malam



Allah SWT telah berfirman kepada Rasul-Nya


"Wahai orang yang berselimut!Bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam,selain daripada sedikit masa ( yang tak dapat tidak untuk berehat),iaitu separuh daripada waktu malam,atau kurangkan sedikit daripada separuh  itu,ataupun lebihkan(sedikit)daripadanya;dan bacalah al-Quran dengan tartil."
                                       ( Surah al-Muzzammil 73:1-4)

Firman-Nya lagi,

"Sesungguhnya Tuhan kamu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang daripada dua pertiga malam,atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan daripada orang yang bersama kamu."
                                                                 (Surah al-Muzzammil 73:20)

Firman-Nya lagi,

"Dan pada sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu,mudah-mudahan Tuhan-Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."
                                                                           (Surah al-Isra' 17:79 )

Firman-Nya lagi,

"Adakah orang yang taat ( patut mengikut Allah ) pada waktu malam ....."
                                                                            (Surah az-Zumar : 9)

Firman-Nya lagi,

"Dan orang-orang yang pada malam hari bersujud dan solat kepada TuhanNya."
                                                                            (Surah al-Furqan : 54)


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sewaktu salah seorang kamu tidur.di pembaringanmu syaitan mengikatkan tiga ikatan.Pada malam yang panjang,hendaklah kamu bangun.Jika telah bangun dan berzikir kepada Allah,maka lepaslah satu ikatan.Jika berwuduk,lepaslah satu ikatan lagi.Jika kemudian apabila solat,lepaslah satu ikatan lagi.Sehingga apabila kamu bangun di waktu pagi dengan penuh semangat dan berjiwa lapang.Jika tidak,maka jiwamu sempit dan malas."



Dalam hadis Nabi s.a.w.bahawa seorang lelaki tidur sepanjang malam sampai pagi.Lalu Nabi s.a.w. bersabda :

"Syaitan telah menutup telinga leleki itu."

Dalam hadis lain:

"Syaitan itu ada bius,sirap dan serbuk.Jika seseorang terkena biusnya,buruklah akhlaknya.Jika diminumi.Jika diminumi sirapnya,tentu mulutnya jahat.Dan jika dimakan serbuknya,tidurlah dia sampai pagi."



No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Baju Besi Yang Sempit Azab Bagi Mereka Yang Melakukan Keburukan
    07.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith12 Dari Uqbah ibn Amir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "…
  • Perumpamaan Sahabat Yang Di maksud Dari Rasulullah S.A.W
    12.11.2014 - 0 Comments
    Perumpamaan Sahabat Rasulullah s.a.w bersabda: "Perumpamaan sahabat ( teman bergaul ) yang budiman (…
  • Apakah Jubbul-Hazan itu?
    04.08.2014 - 0 Comments
    Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Hendaklah kamu meminta…
  • Mengingati Akan KeAgongan Allah S.W.T
    27.01.2015 - 0 Comments
    Merenungkan Ayat-ayat Allah SWT,tentang tanda-tanda kebesaran-Nya. Allah SWT,berfirman (…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ditutupilah neraka dengan berbagai kesyahwatan - keinginan - dan ditutupilah syurga itu dengan berbagai hal yang tidak disenangi. (Muttafaq ‘alaih)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template