Sunday, January 11, 2015

Logo Halal di Malaysia

No comments:

Takrifan Halal

Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai :

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Logo Halal

halalLOGO
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
    • Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
    • Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang.
    • Diikuti tulisan rumi “HALAL”.
    • Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab.
    • Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Halal


"Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak".

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
    • Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak.
    • Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
    • Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak.
    • Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Nama Lain Bagi Hari Akhirat
    27.01.2015 - 0 Comments
    Hari akhirat memiliki beberapa nama lain (julukan) yang diberikan oleh Allah sendiri…
  • HADITH
    10.11.2014 - 0 Comments
                 SENARAI HADITH         > Sahih…
  • PETIKAN HADITH
    12.11.2014 - 0 Comments
    Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku terhadapa anggota-anggota yang berada…
  • Perbanyakan Berzikir Siang Dan Malam
    28.01.2015 - 0 Comments
    Bersama Orang-orang Yang Berzikir                    …

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Hasan r.a berkata telah sampai kepada kami satu hadith bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah. (HR Baihaqi)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template