Tuesday, February 10, 2015

Petikan 2015 Hadis/Hadith

No comments:
Mari Membaca dan Mengamalnya


  Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya."
  (HR Ahmad)

 Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya dihadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai."
 (HR Abu Daud)

 Dari Ibnu ‘Abbas r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
 "Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu."
 (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabdaan Rasulullah SAW;
"Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT".
(HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

Dari Irbadh bin Sariah r.a berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 "Sesungguhnya aku ialah hamba Allah dan Nabi yang terakhir."
 (HR Mustadrak Hakim)

Dari Sa’ad r.a menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda:
 "Allah SWT menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal."
 (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
 "Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya.
 (HR Abu Daud)

Dari Ibnu Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 "Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka."
(HR Ibnu Hibban)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: Allah telah menetapkan lima perkara bagi setiap hambaNya; Ajalnya dan rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan nasib baiknya."
(HR Ahmad)

Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah."
 (HR Tirmizi)

Dari Uthman ibn Affan r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 "Yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."
 (HR Tirmizi)

Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 "Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian." 
 (HR Tirmizi)

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut dia adalah luput dari (segala) kebaikan."
 (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Ditutupilah neraka dengan berbagai kesyahwatan - keinginan - dan ditutupilah syurga itu dengan berbagai hal yang tidak disenangi."
(Muttafaq ‘alaih)

Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat Takabbur."
 (HR Baihaqi)

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri."
 (HR Bukhari)

Dari Harithah bin Nukman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 "Memberi sesuatu dengan tangannya kepada orang miskin, menghindarkan daripada kematian yang buruk."
 (HR Tabrani, Baihaqi)

Dari Jabir bin Abdullah r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Memberi makan kepada orang Islam yang lapar adalah diantara amal yang wajib mendapat pengampunan."
 (HR Baihaqi)

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 "Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar."
 (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template