Sunday, December 07, 2014

Do'a,Usaha,Ikhtiar,Tawakal

No comments:


Dari Umar ibn Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Allah akan memberi rezeki sebagaimana memberi rezeki kepada burung-burung. Mereka pergi dipagi hari dengan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut yang kenyang."
 (HR Tirmizi)

Hadzrat Talhah ibnu Ubaidullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang mana barangsiapa membacanya ketika hampir matinya, kecuali mendapati ruhnya amat tenang keluar dari pada jasadnya dan kelak akan menjadi nur baginya pada hari Qiamat. (Kalimah itu ialah La ilaha illallah)."
 (HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti di tengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman."
 (HR Muslim)

Dari Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Aku berkeinginan untuk bertemu dengan saudara-saudaraku. Para sahabat berkata, Tidakkah kami ini saudara-saudara tuan? Baginda SAW menjawab: Kamu adalah sahabatku, tetapi saudara-saudaraku ialah orang-orang yang beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihat aku."
 (HR Ahmad)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 " Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah SWT akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun."
 (HR Hakim)

Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Allah SWT memberi sepenuh perhatian kepada seluruh makhlukNya pada malam 15 Sya’ban dan mengampuni seluruh makhlukNya kecuali dua jenis manusia iaitu mereka yang melakukan syirik kepada Allah dan orang yang ada sifat membenci seseorang dalam hatinya."
 (HR Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW:
" Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna)."
 (HR Tirmizi)

Dari Ibnu Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW datang kepada dua kubur dan bersabda:
" Penghuni dari kedua kubur ini sedang disiksa tetapi bukan kerana dosa besar (yang susah untuk dihindari). Yang pertama kerana tidak menjaga dirinya dari percikan kencing dan sebahagian yang lain disiksa kerana sentiasa memfitnah."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Bazah Aslami r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Wahai orang-orang yang hanya Islam dilidah dan belum beriman di dalam hati! Janganlah mengumpat orang-orang Islam dan janganlah sibuk mencari keburukannya. Barangsiapa yang sibuk mencari kesalahan orang Islam, Allah akan menzahirkan keburukannya sehingga di dalam rumahnya sendiri."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Perumpamaan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah seperti seseorang yang berpuasa dan membaca Al-Quran di dalam solat sepanjang malam dan dia berterusan sibuk dengan berpuasa dan bersedekah sehingga mujahid di jalan Allah SWT itu pulang ke rumahnya."
 (HR Ibn Hibban)

Dari Uthman bin Affan r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW apabila selesai mengkebumikan mayat akan berdiri ditepi perkuburan dan berkata berdoalah untuk saudara kamu ini, memohonlah supaya Allah meneguhkan hatinya (dalam menjawab soalan) kerana sekarang dia sedang ditanya."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Umatku pada hari Kiamat akan dipanggil dalam keadaan tangan, kaki dan mukanya bercahaya-cahaya dari kesan basuhan air wudhu’. Oleh itu barangsiapa yang mahu supaya bertambahnya cahaya, dengan menyempurnakan basuhannya maka lakukanlah."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Qatadah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dalam solatnya. Para Sahabat bertanya: Ya Rasulullah bagaimana mereka mencuri di dalam solat? Baginda menjawab: mereka yang tidak ruku dan sujud dengan sempurna (dalam solatnya)."
 (HR Ahmad)

Dari Abdullah bin Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 " Lakukan solah seumpama solah perpisahan (sebagaimana seorang yang akan berpisah yakni solah kamu yang terakhir), dan seolah-olah kamu melihat Allah, dan sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu."
 (HR Ibnu Najar dalam Jami’us Saghir)

Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Perhatian Allah Ta'ala kepada seseorang ketika solat itu akan kekal selagi mana dia bertawajuh di dalam solatnya. Apabila seorang hamba itu memalingkan tawajuhnya daripada solatnya, maka Allah juga akan memalingkan perhatianNya terhadapnya."
 (HR Nasai)

Dari Uqbah ibn Amir Al Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 " Sesiapa sahaja dari kalangan orang Islam yang berwudhu' dengan sempurna kemudian mendirikan solat dengan penuh tawajuh yakni dia mengetahui apa yang dibacanya sehinggalah solatnya selesai, Allah akan mengampuni segala dosanya sebagaimana dia baru dilahirkan dari perut ibunya."
 (HR Hakim)

Dari Ubadah ibn Samit r.a sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Tidaklah seorang hamba yang selalu bersujud kepada Allah, kecuali setiap sujud Allah mencatit satu kebaikan baginya dan menghapuskan satu dosa dan mengangkat satu darjat. Maka perbanyakkanlah sujud (kepada Allah dengan mengerjakan solat)."
 (HR Ibn Majah)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Balasan Azab Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat
    25.01.2015 - 0 Comments
    Solat!!sebelum kita diSolatkan SEKSA MENINGGALKAN SOLAT "Apakah yang menyebabkan kamu semua…
  • Jangan Melakukan zina Dan Hampiri Zina
    30.01.2015 - 0 Comments
    Jangan hampiri Zina Firman Allah S.W.T: Maksudnya : "Dan mereka yang memeliha kehormatannya."  …
  • Keringat ibu..si Ayah yang tabah
    02.02.2015 - 0 Comments
                                 …
  • Solat Berjemaah 27 Kali Ganda
    06.04.2015 - 0 Comments
    Solat Berjamaah  Sepertimana yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab.Banyak yang kita…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Ubadah ibn Samit r.a sesungguhnya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba yang selalu bersujud kepada Allah, kecuali setiap sujud Allah mencatit satu kebaikan baginya dan menghapuskan satu dosa dan mengangkat satu darjat. Maka perbanyakkanlah sujud (kepada Allah dengan mengerjakan solat). (HR Ibn Majah)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template