Saturday, December 06, 2014

Abu Umamah r.a,Anas bin Malik

No comments:
 Petikan Hadith 4

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan menarik pemberian juga kerana Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya."
 (HR Abu Daud)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sangat beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan pernah melihatku (sekali). Sungguh beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan belum pernah melihatku (sehingga tujuh kali)."
 (HR Ahmad)

Dari Arfajah bin Syurah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Tangan Allah di atas jemaah. Yakni pertolongan Allah yang khusus adalah bersama jemaah. Kerana ini, sesiapa yang berpisah dari jemaah, maka syaitan bersamanya dan sentiasa cuba menyesatkannya. (HR Nasa’i)

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Bermudah-mudahlah dengan orang ramai, dan jangan menyusah-nyusahkan mereka. Berilah berita-berita gembira dan jangan datangkan rasa benci."
 (HR Bukhari)

Dari Fadholah bin Ubaid r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Amalan yang paling menghampirkan seseorang itu kepada Allah SWT ialah jihad di jalan Allah. Dalam perkara penghampiran diri kepada Allah SWT tidak ada satu amalan pun yang hampir menyamai jihad."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Orang yang sentiasa berulang-alik ke masjid di dalam kegelapan malam mereka itulah orang yang hati sanubarinya tenggelam di dalam rahmat Allah."
 (HR Ibn Majah)

Dari Buraidah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu gelap gelita dengan cahaya yang sempurna pada hari Hisab nanti."
 (HR Abu Daud)";

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Aku mahu untuk menyuruh beberapa orang pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang yang bersolat di rumah masing-masing tanpa uzur syarie dan membakarnya."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang memenuhkan saf-saf, Allah SWT akan meninggikan darjatnya dan Para malaikat akan meliputi mereka dengan rahmat dan kebaikan."
 (HR Tabrani, Targhib)

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Allah Ta'ala menurunkan rahmat ke atas orang-orang yang memenuhkan saf-saf yang kosong dan para malaikat memohon keampunan untuknya."
 (HR Mustadrak Hakim)


Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Wahai ahli-ahli Al-Quran! Bersolat witirlah kamu, kerana sesungguhnya Allah itu witir dan menyukai orang-orang yang solat witir."
 (HR Abu Daud)

Dari Naufal bin Mu’awiyah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa terluput solatnya adalah seumpama dia kehilangan ahli keluarganya, hartanya dan segala kekayaannya."
 (HR Ibn Hibban)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Jikalau manusia mengetahui apa ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan di saf yang pertama kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka berundi."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Zar r.a berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang ruku’ dengan sekali ruku’ dan sujud dengan sekali sujud, maka akan diangkatkan darjatnya satu darjat dan akan diampunkan satu dosanya."
 (HR Musnad Ahmad, Bazzar, Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Selain dari mengingati Allah SWT, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya (dan matinya) hati, dan diantara manusia, manusia yang paling jauh dari Allah SWT ialah dia yang keras hatinya."
 (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Jika seseorang hamba bercakap bohong, maka kerana kebusukan bercakap bohong itu malaikat akan menjauhinya satu batu."
 (HR Tirmizi)

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang."
 (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika dizaman rosaknya ummatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah)."
 (HR Tabrani)

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga keinginan hawa nafsu kamu tidak mengikuti agama yang aku bawa."
 (HR Al-Baghawi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Apabila Allah menciptakan makhlukNya lantas ditulis di Lauh Mahfuz, Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada kemurkaanKu. Tulisan ini berada di atas 'Arasy dihadapan mereka."
 (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Pada hari Kiamat bumi akan berada didalam genggaman Allah SWT dan langit berada disebelah kananNya kemudian berfirman; Akulah Raja, dimanakah raja bumi hari ini?"
 (HR Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Mengingati Akan KeAgongan Allah S.W.T
    27.01.2015 - 0 Comments
    Merenungkan Ayat-ayat Allah SWT,tentang tanda-tanda kebesaran-Nya. Allah SWT,berfirman (…
  • Aku Kerinduan Tiada Merintih Dan Meminta
    13.04.2015 - 0 Comments
    Tak siapa mendengar alunan lagu ku, Lahir dari jiwa luka memecah angkasa Merintih, meminta...…
  • Kenali Imam Syafie Dan Riwayat Hidupnya
    25.01.2015 - 0 Comments
    Iman Kita.....                          …
  • Balasan Azab Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat
    25.01.2015 - 0 Comments
    Solat!!sebelum kita diSolatkan SEKSA MENINGGALKAN SOLAT "Apakah yang menyebabkan kamu semua…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abdullah bin Zubair r.huma berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: Kalaulah anak Adam ini diberi satu lembah daripada emas, nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan sekiranya diberi lembah kedua nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang ketiga. Dan sentiasa tidak akan merasa cukup perut anak Adam ini kecuali dipenuhi dengan tanah (iaitu setelah mati). Namun satu rahmat Allah terhadap hambaNya, dari mencintai harta dunia kepada mencintai Allah (Dengannya didunia ini Allah memberi ketenangan dan memelihara dari sifat tamak dan rakus dari mengumpul harta). (HR Bukhari)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template