Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."
(HR Muslim)
Dari Sa’di r.a menceritakan bahawa satu ketika kami duduk bersama-sama Nabi SAW. Nabi SAW bersabda:
" Adakah salah seorang daripada kamu sanggup melakukan kebaikan seribu kali setiap hari? Salah seorang daripada kami yang duduk di majlis itu bertanya: Bagaimana seseorang boleh memperolehi seribu kebaikan setiap hari? Nabi SAW bersabda: Bertasbih (Subhanallah) seratus kali akan dituliskan ganjaran untuknya seribu kebaikan. Dan seribu dosa akan dimaafkan."
(HR Muslim)
Diriwayatkan daripada Hadhrat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sesiapa yang menyeru kearah hidayah dan pekerjaan yang baik, dia akan mendapat pahala sama banyak dengan pahala orang-orang yang mengikutnya. Dan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang-orang yang mengikutinya. Begitu juga, sesiapa yang menyeru kejalan kesesatan, dia akan mendapat dosa sepertimana dosa orang-orang yang mengikuti kesesatan itu. Dan kerananya tidaklah berkurangan dosa orang-orang yang mengikutinya itu."
(HR Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Setiap hari Isnin dan hari Khamis, amal-amal manusia akan dipersembahkan dihadapan Allah SWT dan Allah SWT akan mengampuni mereka pada hari itu bagi orang yang tidak mensyirikkan sesuatu dengan Allah, kecuali seorang yang memusuhi akan saudaranya (orang ini akan kecewa dari pengampunan Allah). (Malaikat) akan mengatakan kepadanya: Tinggalkanlah kedua orang ini sehingga kedua-duanya bermaaf-maafan, tinggalkanlah kedua orang ini sehingga kedua-duanya saling bermaaf-maafan."
(HR Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat r.hum berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda SAW bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan? Baginda SAW menjawab: Jika apa yang dikatakan benar, maka itu adalah mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah)."
(HR Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Alamat munafik itu ada tiga: Apabila bercakap dia bohong. Apabila berjanji dia tidak menepatinya dan apabila diberinya amanah dia khianat."
(HR Muslim)
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Barangsiapa bersumpah palsu dengan sumpah palsu dan mengambil hak seorang muslim yang lain Allah akan mewajibkan baginya memasuki neraka Jahannam dan haram ke atasnya syurga. Seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah SAW walaupun di atas satu benda yang remeh? Nabi SAW bersabda: Ya walaupun sebesar satu ranting dari pohon arak."
(HR Muslim)
" Tidak akan memasuki syurga bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya."
(HR Muslim)
Dari Abdullah ibn Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Hanya ada dua jenis manusia yang (dibolehkan) untuk dicemburui. Seorang yang telah Allah berikan kepadanya Al-Quran dan dia telah membacanya di waktu siang dan malam, dan seorang lagi yang mana Allah SWT berikan harta kekayaan dan dia telah membelanjakannya (di jalan Allah) siang dan malam."
(HR Muslim)
Dari Sahl bin Sa’ad r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Jika dunia ini mempunyai nilai sebesar kepak nyamuk sekalipun, maka Allah SWT tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air (oleh kerana dunia ini tidak bernilai walaupun sekadar ini, kerana itulah dunia ini diberi kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang berdosa tanpa batasan."
(HR Muslim)
Dari Abu Said Al-Khudri r.a berkata:
" Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lidahnya, dan sekiranya dia tidak mampu juga, hendaklah dia cegah (membenci) dalam hatinya dan ini ialah selemah-lemah iman."
(HR Muslim)
Dari Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Allah membuka seluas-luasnya tangan RahmatNya di waktu malam bagi mereka yang melakukan dosa disiang hari dan membuka tangan RahmatNya di waktu siang bagi mereka yang melakukan dosa diwaktu malam supaya bertaubat kepada Allah. (Kerahiman ini) akan terus berlaku sehinggalah matahari terbit disebelah barat."
(HR Muslim)
Dari Abu Tsabit, dalam suatu riwayat lain disebutkan Abu Said dan dalam riwayat lain pula disebutkan Abulwalid, iaitu Sahl bin Hanif r.a, dan dia pernah menyaksikan peperangan Badar, bahawasanya Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa yang memohonkan kepada Allah SWT supaya dimatikan syahid dan permohonannya itu dengan secara yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tingkat orang-orang yang mati syahid, sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya."
(Riwayat Muslim)
Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya:
" Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau (yakni lazat dan nyaman) dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh yang demikian, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang terjadi di kalangan kaum Bani Israil adalah disebabkan kaum wanita."

Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Aku dan kamu diumpamakan sebagai seorang yang telah menyalakan api, lalu rama-rama dan kelkatu jatuh ke atasnya dan dia menjauhkannya daripada api itu. Aku memegang pinggang-pinggang kamu dan menyelamatkan kamu dari api neraka, akan tetapi kamu terlepas dari tanganku. Yakni kamu terus berjatuhan ke dalam api neraka."

Dari Abi Musa al-Asya’ri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Satu ketika berdiri di hadapan kami memberi lima rangkai kalimat. Maka sabdanya: Sesungguhnya Allah SWT tidak tidur. Dan tidak selayaknya bagi Allah SWT itu tidur. Mengurangi dan menambahkan rezeki. Mengangkat amalan malam sebelum amalan siang. Dan mengangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hijabnya daripada nur, jika ia dibuka nescaya sejauh mana makhluk yang dapat dilihat akan terbakar kerananya."
(HR Muslim)
Dari Miqdad r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Pada hari Kiamat, matahari akan dihampirkan pada semua makhluk sehingga tinggal sebulan perjalanan dari bumi. (Disebabkan kepanasan) manusia akan berpeluh mengikut kadar amalannya. Lebih banyak keburukan yang dilakukannya lebih banyak peluh yang dikeluarkan sehingga ada yang sampai ke buku lali, sebahagiannya ada yang sampai ke lutut, sebahagiannya ada yang sampai ke pinggangnya dan sebahagian ada yang sampai ke mulutnya. Rasulullah SAW menunjukkan tangannya ke arah mulutnya (iaitu hingga sampai ke sini)."

No comments:
Post a Comment