Monday, April 06, 2015

Solat Berjemaah 27 Kali Ganda

No comments:

Solat Berjamaah



 Sepertimana yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab.Banyak yang kita ketahui tentang kelebihan-kelebihan Solat Berjemaah dengan janji pahala yang besar.Tepuk dada tanya la IMAN,berapa kali sehari kita Solat Berjemaah,berapa kali seminggu dan berapa kali pula dalam setahun.Ramai yang bersolat tetapi tidak mengambil berat tentang solat berjemaah.
  
 Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar r.a meriyawatkan bahawa Rasulullah  bersabda :    
  “ Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian “
( HR Malik,Bukhari,Muslim,Tirmizi dan Nasa’i )

 Ada yang bertanggapan bahawa solat berjemaah sesuatu perkara yang sukar dan melambatkan dalam mendirikan solat berbanding solat bersendirian.Kesibukkan dalam bekerja,perniagaan dan lain-lain urusan akan mendatangkan kerugian jika ditinggalkan.

 Sebaliknya keyakinan dalam hati kepada Allah SWT serta yakin dengan janji-janji-Nya,ganjaran dan pahala daripada Allah SWT adalah sesuatu perkara yang paling bernilai.Maka halangan tidak lagi menjadi alasan untuk tidak solat berjemaah.

 “ Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah SWT dan mendirikan solat…”
 ( an-Nur : 37 )

 Sayyidina Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullahbersabda :
 “ Seseorang yang bersolat secara berjemaah akan digandakan pahalanya sebanyak 25 kali lebih daripada orang yang bersolat bersendirian di rumah atau di kedai.Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan menyebabkan darjatnya ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa.Jika dia terus duduk di dalam masjid ( dalam keadaan berwuduk ) setelah bersolat maka para malaikat akan terus menerus memohon rahmat dan keampunan untuknya.Dia akan terus menerus mendapat pahala bersolat selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya.”
( HR Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi, dan Ibnu Majah )


...Jazaka Allahu Khairan جزاك الله خيراً ... 

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Logo Halal di Malaysia
    11.01.2015 - 0 Comments
    Takrifan Halal Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai : Pihak Berkuasa Yang…
  • SAHABATMU?
    26.10.2014 - 0 Comments
     Rasulullah saw bersabda : "Perumpamaan sahabat ( teman bergaul ) yang budiman ( soleh ) itu seperti…
  • Muhasabah Diri Dan Mencari Keredhaannya
    26.01.2015 - 0 Comments
    Muhasabah diri selagi nyawa di kandung badan,Ingat mati!!..ingat sakit,ingat saat kita sulit,ingat dan…
  • Segalanya Berkemungkinan Akan Terjadi
    01.02.2015 - 0 Comments
    segalanya mungkin  Malam siang ku lalui dengan debaran di hati,Pengalaman teman-teman membuat ku…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Malik Al-Ashari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah bilik yang mana tembus pandangan, dari dalam boleh dilihat apa yang ada diluar dan dari luar dapat dilihat apa yang ada di dalam. Allah menyediakannya khas untuk mereka yang memberi makan kepada fakir miskin, menghamburkan salam, dan bersolat malam di mana manusia sedang nyenyak tidur. (HR Tabrani)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template