Wednesday, December 03, 2014

Hadis Riwayat At- Tirmizi

No comments:


Sayyidina Abu Sa’id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

 “ Allah berfirman,” Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati-Ku dan berdoa kepada-Ku kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan menguniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kedapa-Ku.’Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk ( ciptaan-Nya ).
 ( HR.Tirmizi )

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan. Sahabah r.hum telah bertanya:

 "Apakah Jubbul-Hazan itu? Nabi SAW telah bersabda: Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak seratus kali setiap hari. Rasulullah SAW ditanya: Siapakah yang akan memasukinya? Nabi SAW telah bersabda: Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk."
 (HR Tirmizi)


Dari Ali r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" Tidaklah seorang muslim mengunjungi seorang muslim yang sakit diwaktu pagi kecuali 70,000 malaikat berdoa memohon rahmat ke atasnya sehingga ke petang, atau berkunjung kepadanya di waktu petang, melainkan 70,000 malaikat berdoa ke atasnya sehingga ke pagi, dan dia mendapat sebuah kebun buah-buahan dalam syurga."
 (HR Tirmizi)


Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

" Tidak ada yang dicintai oleh Allah lebih dari dua titisan dan dua kesan. Titisan ialah satu titisan air mata kerana takut kepada Allah. Kedua ialah titisan darah yang mengalir di jalan Allah. Dan dua kesan ialah kesan yang terjadi di jalan Allah (seperti parut-parut luka atau kesan cedera yang berlaku di jalan Allah) dan kedua ialah kesan dari melaksanakan perintah-perintah Allah yang fardhu (seperti tanda-tanda sujud atau kesan perjalanan haji dan lain-lain)."
 (HR Tirmizi)


Hazrat Abu Said bin Abu Fadhalah Al Ansari r.anhu yang merupakan salah seorang sahabat berkata, daku dengar Rasulullah SAW bersabda:

 " Tatkala Allah Ta’ala menghimpunkan manusia pada hari Kiamat iaitu pada hari yang tiada keraguan mengenainya, berserulah satu penyeru: Barangsiapa yang menyengutukan di dalam amalannya sesuatu dengan Allah SWT, maka mintalah pahalanya daripada selain Allah SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Kaya yang tidak memerlukan perkongsian sesiapa pun."
 (HR Tirmizi)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."
(HR Tirmizi)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Ruh seorang mukmin akan tergantung (tidak sampai ke tempat yang penuh dengan kerehatan yang dijanjikan untuk orang-orang yang beriman) selagi hutang-hutangnya tidak dibayar."
(HR Tirmizi)


Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 " Barangsiapa memalukan saudaranya yang muslim dengan sesuatu dosa yang dia telah bertaubat dengannya, Allah tidak akan mematikannya sehinggalah dia sendiri terjerumus ke dalam dosa tersebut."
 (HR Tirmizi)


Dari Abdullah ibn Mas’ud r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan."
 (HR Tirmizi)


Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Senyuman kepada saudaramu (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma’ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah."
 (HR Tirmizi)


Dari Abdullah ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW dan keluarga baginda bermalam dalam keadaan perut yang kosong (kerana ketiadaan makanan) selama beberapa malam berturut-turut. Mereka tidak mempunyai makanan malam. Makanan mereka secara umumnya adalah roti barli.
(HR Tirmizi)



Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesiapa yang belajar ilmu untuk maksud lain selain dari redha Allah SWT (umpamanya untuk mencari kemuliaan, kemasyuran harta dan lain-lain) maka hendaklah dia menempah tempatnya di neraka Jahanam."
 (HR Tirmizi)



No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Taubat Disebalik Tangisan Air Mata
    04.02.2015 - 0 Comments
    Disebalik Tangisan Dengan lafaz,                    …
  • Hukum Merokok Dari Pandangan Islam
    11.01.2015 - 0 Comments
    Merokok Dari Pandangan Islam  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal…
  • Logo Halal di Malaysia
    11.01.2015 - 0 Comments
    Takrifan Halal Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai : Pihak Berkuasa Yang…
  • ZAMAN MENJUAL AGAMA
    26.10.2014 - 0 Comments
    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw Bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Keelokan dan kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template