Saturday, December 06, 2014

Orang Yang Paling Di Cintai

No comments:
Petikan hadith5


Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya."
 (HR Tirmizi)

Dari Umar Ibnu Khattab r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang mati dalam keadaan beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat, akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga daripada mana-mana lapan pintu syurga yang kamu kehendaki. (HR Ahmad)

Dari Abu Zar Al-Ghifari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada sesuatu pun yang lebih mendekatkan diri kepada Allah, kecuali dari perkataan yang asal yang keluarnya daripada Allah, yakni Al-Quran."
 (HR Mustadrak Hakim)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa pergi ke masjid untuk mempelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran haji yang sempurna."
 (HR Tabrani)

Dari Zainab binti Jahsh r.ha berkata bahawa aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
" Ya Rasulullah!, Adakah kami akan binasa, walaupun didalam lingkungan kami masih ada orang-orang yang soleh? Baginda SAW telah bersabda: Ya!, jika kejahatan berleluasa."
 (HR Bukhari)

Hazrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya antara alamat hari Kiamat ialah, ilmu akan diangkat, kejahilan berleluasa dan minum arak secara terbuka, tersebarnya perzinaan."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa pergi ke masjid di waktu pagi dan petang Allah SWT akan menyiapkan hidangan sebagai tetamuNya di dalam syurga. Setiap kali dia datang pagi atau petang dia akan dilayaniNya sebagai tetamuNya."
 (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Tempat yang paling dicintai Allah SWT diatas muka bumi ialah masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar."
 (HR Muslim)

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda:
" Dua rakaat solat yang didirikan dengan bersugi gigi adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat solat tanpa bersugi."
 (HR Bazzar, Majma uz Zawaid)

Dari Uthman ibn Affan r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa berwudhu' dengan sebaik-baik wudhu', yakni dengan menjaga sunat-sunatnya dan adab-adabnya, maka akan keluar dosa-dosanya daripada badannya sehingga akan keluar daripada bawah-bawah kukunya."
 (HR Muslim)


Dari Abu Darda meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Orang yang memohon laknat tidak akan diterima sebagai pemberi syafaat (bagi para pendosa) maupun sebagai saksi (atas dakwah para nabi Allah) pada hari kiamat."
 (HR Muslim)

Dari Abu Zar r.a meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang memanggil seorang sebagai: Hai si Kafir! atau Hai musuh Allah!, tetapi orang itu tidak sebagaimana yang dipanggil, maka ucapannya akan kembali kepada yang mengatakan demikian. (HR Muslim)

Dari Bara’ ibnu ‘Azib r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Riba yang paling buruk adalah mencemarkan seorang saudara (muslim) (supaya merosakkan kehormatannya dengan cara mengumpat, memandang rendah)."
 (HR Tabrani dan Jami'us Saghir)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Orang yang mencaci maki orang Islam adalah hampir kepada kehancuran dan membinasakan (dirinya)."
 (HR Tabrani dan Jami'us Saghir)

Hazrat Anas r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa memelihara dua nak perempuan dengan baik, dia dan aku akan bersama di dalam syurga seperti dua anak jari ini. Sambil berkata demikian baginda mengisyaratkan (dengan merapatkan) dua anak jarinya."
 (HR Tirmizi)

Dari Aghar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali."
 (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Amr r.a berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran majlis zikrullah. Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah syurga.
 (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma Uz Zawaid)";

Hazrat Zubair r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang ingin melihat buku catitan amalannya dengan gembira (pada hari Kiamat), maka hendaklah dia perbanyakkanlah istighfar."
 (HR Tabrani)

Dari Aishah r.ha berkata: Aku mendengar bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya seorang mukmin yang berakhlak mulia memperolehi darjat seorang yang berpuasa dan beribadat sepanjang malam."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan."
 (HR Tirmizi)

Dari Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
" Lihatlah! Sesungguhnya kamu bukanlah dari orang yang terbaik disebabkan kamu berkulit putih tetapi kamu akan menjadi terbaik disebabkan takwa kepada Allah SWT."
 (HR Musnad Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Kerana Sebatang Pokok
    06.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith7 Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: " Sebatang…
  • ZAMAN MENJUAL AGAMA
    26.10.2014 - 0 Comments
    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw Bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang…
  • Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat
    14.01.2015 - 0 Comments
    Firman Allah Taala, maksudnya:  " .. Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan…
  • Keburukan Dunia
    25.01.2015 - 0 Comments
    Pada suatu ketika,Rasulullah SAW berjalan melalui seekor kibas yang telah mati,lalu Baginda SAW…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu’, malaikat akan tidur disisinya sehingga tersentuh kulitnya. Dan apabila dia bangun malaikat akan berkata: Wahai Allah, ampunilah orang ini kerana dia tidur dalam keadaan berwudhu’. (HR Ibn Hibban)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template