Monday, February 09, 2015

Kehidupan Dunia Yang Berbeza

No comments:


Inilah kehidupan Dunia
Kisah kita mungkin berbeza
Cerita kita mungkin tidak sama
Kesedihanmu mungkin tidak dapat ku selami
Kesedihanku juga mungkin tidak dapat kau fahami
  Tapi 
Tuhan kita satu….Allah S.W.T.
Imam kita sama…..Muhammad S.A.W.
Agama kita sama…Islam
  Jadi
Walaupun ujian kita tidak serupa
Kata-kata peringatan dan nasihatnya
tetap tidak berbeza
Dan kemahuan kita juga tetap sama
ar-Rahman dan ar-Rahim-Nya.

 Wahai mukmin pelaku maksiat! Bebaskanlah dirimu daripada kemaksiatan yang kamu lakukan dan bertaubatlah kepada Tuhanmu daripadanya dengan segera sebelum kematian datang kepadamu.Justeru,kamu akan menemui Tuhanmu dalam keadaan kotor dan jijik,sebagaimana Allah S.W.T.berfirman:

        إِنَّهُ مَن يَأْتِ رَبَّهُ مُجْرِمًا فَإِنَّ لَهُ جَهَنَّمَ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ
  "Sesungguhnya barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa,maka sesungguhnya,baginya adalah Neraka Jahanam.Dia tidak mati tetapi terus merasakan azab di dalamnya dan tidak pula hidup ( tidak dapat bertaubat )."
                                                 ( surah Thaha 20 : 74 ) 

 Kerana mencari sedikit keseronokan,
Kita terlupa kepada seribu kebahagiaan
Banyaknya berangan-angan,
Nyata kita abaikan…
Mengharap kepada yang baru,
Lama kita pisahkan al-Quran dan as-Sunnah
Keindahan sekarang belum pasti bersinar berpanjangan
 Kemiskinan mengingatkan kita
Kekayaan mendatangkan sengketa,
Sihat tidak mungkin sepanjang usia
Sakit mencuci dosa,
Hari ini kita bernyawa,
Esok ajal pasti menjelma…
Syurga dan Neraka ketentuan-Nya,
Setiap amalan kita di dunia...

..Jazaka Allahu Khairan جزاك الله خيراً …

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • 08.10.2013 - Comments Disabled
    isi blog... var tabbedTOC = { blogUrl: "http://realeye4u.blogspot.com", // Blog URL containerId:…
  • BUKANNYA AKU?
    26.10.2014 - 0 Comments
    Muhasabah diri kita Aku bukan Ahmad Albab yang dapat harta daripada Jin Bukan jugaAli Baba yang kaya dengan…
  • Art Islamic
    29.10.2014 - 0 Comments
                               …
  • KERANA KESERONOKKAN
    12.11.2014 - 0 Comments
       Kerana  mencari sedikit keseronokkan,   Kita terlupa kepada seribu…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa bersumpah palsu dengan sumpah palsu dan mengambil hak seorang muslim yang lain Allah akan mewajibkan baginya memasuki neraka Jahannam dan haram ke atasnya syurga. Seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah SAW walaupun di atas satu benda yang remeh? Nabi SAW bersabda: Ya walaupun sebesar satu ranting dari pohon arak. (HR Muslim)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template