Wednesday, April 15, 2015

Mata Melihat Dan Telinga Mendengar

No comments:




Allah SWT Sedang Melihat dan Mendengar,
Setiap Sesuatu Yang Kita Kerjakan
Firman Allah SWT:

              لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
 ( Surah al Syura: 11).

Apakah kita menyangkakan bahawa Allah SWT tidak Melihat dan Mendengar.Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar dan Maha Melihat.Jangan ada sedikit pun rasa Ketidakkan didalam hati kita akan perkara tersebut.JIka kita mengakui akan kebenaran-Nya,pasti kita mampu meninggalkan segala yang di larangi-Nya.

“…Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” 
 ( Surah Al Baqarah : 233 )

“…Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan.”
  ( Surah Al Baqarah : 237 )



 Apakah kita tidak cukup yakin akan sesuatu perkara itu "Benar",bahawa Allah SWT sentiasa Mendengar dan Melihat.Jika ianya Benar,mengapa kita masih mengekalkan dan masih meneruskan perkara yang di larang.Tepuk dada tanyalah Iman,dimana Iman kita hari ini.Apakah sekadar dibibir atau sedakar hiasan bahasa.

  Lupakah kita kepada kaum Ad,Firaun dan kaum-kaum sebelum dan selepas mereka yang telah Allah SWT musnahkan dengan Bala yang dahsyat.Semua ni telah diceritakan didalam Al-Quran.Apakah kita menyangkakan kebenaran-Nya,siapa kita?Berdusta dan sombong kepada Pencipta kita sendiri.Dimana kehebatan kita,dimana tempat untuk kita bersembunyi?

“…Dan tidak ada sesuatu pun yang setaraf dengan-Nya.”
( Surah Al Ikhlas : 4 )

Allah SWT,berfirman pula:
Katakanlah,” Jika kamu sembunyikan apa-apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan,Allah pasti mengetahuinya.”Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
( Surah Ali-Imran: 29 )

Sedangkan kita tahu dan menyakui bahawa Bumi dan Langit serta seluruh isinya itu Milik Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
( Surah Al Hujuraat : 18 )

Setiap masa dan keadaan Allah sentiasa memberi peringatan samaada kita sedar ataupun tidak.Itu yang menunjukkan bahawa Allah SWT sentiasa Mendengar dan Melihat.Takut dan Taati la kepada Allah SWT,kerana janji-janji Allah Itu benar dan Allah tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia.Belajarlah menangis kepada-Nya,dan memohon agar kita jauh daripada golongan mereka yang sesat.

No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template