Tuesday, April 07, 2015

Syaitan Adalah Musuh Yang Nyata Bagi Manusia

No comments:
Syaitan Adalah Musuh Yang Nyata Bagi Manusia


    وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
" Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"
( Surah Al-Zukhruf 43:62 )

syaitan musuh manusia yang nyata
Firman Allah SWT,
“ Bukankah Aku memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh,syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”

Ayat ini merupakan teguran keras daripada Allah terhadap orang-orang kafir daripada keturunan Bani Adam yang mentaati syaitan,padahal dia musuh yang nyata bagi mereka,dan mereka berbuat maksiat kepada Allah,padahal Dia yang telah mencipta mereka dan memberi rezeki kepada mereka.

 Kerana itu,Allah berfirman,
  “ Dan hendaklah kamu menyembah-Ku,Inilah jalan yang lurus

 Yakni sungguh Aku telah memerintah kamu di dunia agar menentang syaitan,dan memerintah kamu untuk menyembah-Ku,inilah jalan yang lurus.Lalu kamu menempuh jalan lain selain jalan itu dan mengikut syaitan dalam perkara-perkara yang dia perintahkan kepada kamu.

 Kerana itu,Allah berfirman,
 ” Dan sungguh,ia ( syaitan itu ) telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu…”

 Dan firman-Nya,
 ” …Maka apakah kamu tidak mengerti”

 Yakni,apakah kamu tidak memiliki akal,sebab menentang Tuhanmu dalam perkara yang Dia perintahkan kepadamu,iaitu menyembah-Nya semata-mata yang tiada sekutu bagi-Nya,dan kamu berpaling mengikuti syaitan?.

  Ibnu Jarir At-Tabari meriwayatkan daripada Abu Hurairah,bahawa Rasulullah SAW bersabda,
 “ Pada hari kiamat,Allah memerintah neraka jahanam,lalu dikeluarkan darinya leher yang panjang lagi hitam kelam,lalu Allah berfirman,” Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan?Sungguh,syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu,dan hendaklah kamu menyembah-Ku.Inilah jalan lurus.”Dan sungguh,ia ( syiatan itu ) telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu.Maka apakah kamu tidak mengerti?Inilah ( neraka ) Jahanam yang dahulu telah diperingatkan kepadamu”
( Surah Yasin 36 : 60-63 )

Dan firman-Nya,
 “……Berpisahlah kamu ( dari orang-orang mukmin ) pada hari ini,wahai orang-orang yang berdosa!.”
 ( Surah Yasin 36:59 ) 

 Lalu orang-orang itu pun berpisah dan melutut,Itulah yang Dia Firmankan dalam surah al-Jathiyah 45:28.

“ Dan ( pada hari itu ) engkau akan melihat setiap umat berlutut.Setiap umat dipanggil untuk (melihat)buku catatan amalnya.Pada hari itu kamu diberi balasan ke atas apa yang telah kamu lakukan."

No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template