Monday, February 02, 2015

Kembalinya,Taubat Hambanya

No comments:

Segala sanjung dan puji hanya bagi Allah S.W.T.,Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

 Semalam dalam kegelapan,tibanya waktu bersinarlah kembali,kita sebagai hamba Allah yang daif lagi hina.Tiada yang terlepas melakukan kesilapan.Seringkali lalai kepada perintah Allah S.W.T. juga lalai kepada Sunnah Baginda s.a.w.
 Allah S.W.T. terlalu sayangkan hamba-Nya,kerana itu juga Allah S.W.T. membenarkan pintu taubat di buka.Ingatlah dan kembalilah kepada-Nya.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan,Nabi s.a.w. bersabda :
"Allah berfirman, 'Aku berada dalam prasangka hamba-Ku dan Aku selalu bersamanya jika ia mengingati-Ku. Jika  ia mengingati-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati-Ku dalam berkumpulan maka Aku mengingatinya dalam berkumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan maka Aku mendatanginya dengan berlari."
( HR Bukhari dan Muslim )

  Setiap kesilapan dosa yang pernah kita lakukan perlulah kita bertaubat dan memperelokkannya kembali dan mengikut jalan-jalan yang Lurus. Allah S.W.T. suka kepada kita yang ingin kembali kepada-Nya untuk meminta keampunan kepada-Nya,Walaupun seratus kali kesilapan yang pernah kita lakukan.

Anas bin Malik r.a. berkata,"Rasulullah s.a.w. bersabda,
' Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya melebihi salah seorang dari kalian yang mendapat haiwan tunggangannya yang telah hilang di padang yang luas."
( HR Bukhari dan Muslim )

  Ketahuilah kasih sayang Allah S.W.T kepada hamba-Nya melebihi segala-galanya..Tanya la kepada diri,kenapa aku masih ingkar kepada perintah-NYa,Kenapa aku tidak memohon keampunan-Nya dengan setiap kesilapan dosa yang aku lakukan.

Umar bin Khattab r.a. berkata,"Rasulullah s.a.w. pernah memperoleh beberapa tawanan perang. Ternyata dari tawanan tersebut ada seorang perempuan yang biasa menyusui anak kecil.Apabila dia mendapati ada anak kecil dalam tawanan tersebut, maka ia akan mengambilnya dan menyusuinya. Nabi s.a.w. lantas bersabda kepada kami, Menurut kalian,apakah perempuan itu tega melemparkan bayinya ke dalam api?' Kami menjawab, ' Sesungguhnya ia tidak akan tega melemparkan anaknya ke dalam api selama ia masih sanggup menghindarkannya dari api tersebut.' Lalu Baginda bersabda,'Sungguh,kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya melebihi kasih sayang perempuan itu terhadap anaknya."
( HR Bukhari dan Muslim )

   Menangislah,kembalilah kepada Allah S.W.T..mohonlah keampunan-Nya,jangan kita tunggu hari esok apatah lagi kemudian hari nanti. Bukalah seluas-luas pintu hati kita untuk mengingati Allah S.W.T.Kerana di hadapan kematian menunggu kita,apabila tiba waktu ini tiada yang bermakna lagi untuk kita.Semoga kita semua di beri hidayat sebelum datangnya hari kematian.Apa yang kita inginkan di Sana nanti? iaitu hari dimana tiada lagi kematian,kekallah kita di Sana.Di mana kita ketika itu apakah berada di dalam azab-Nya atau berada di dalam nikmat-Nya. Di atas sebab itu juga Allah S.W.T meletakkan akal fikiran kepada setiap di antara kita,untuk kita menilai di antara kebaikan dan keburukan.

Allahul musta’an
Jazakumullah khayran

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • HADITH
    10.11.2014 - 0 Comments
                 SENARAI HADITH         > Sahih…
  • Solat Tahajjud Adalah Kebiasaan Bagi Orang Yang Soleh
    07.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith9 Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Apabila imam membaca…
  • Anjaran Kepada Ibubapa Yang Membaca Dan Beramal Al-Quran
    07.12.2014 - 0 Comments
    Dari Muaz al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa membaca Al-Quran dan…
  • Memahami Maksud Perkataan Arab Dalam Bahasa Malaysia
    31.01.2015 - 0 Comments
    Sebahagian makna perkataan Jemaah  > Kumpulan orang beribadat. Mubahalah > Pihak yang…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahmi yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau pun diam. (HR Bukhari)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template