Tuesday, April 07, 2015

Seringkali Diuji,Kemarahan Membara

No comments:






 Kehidupan kita sebagai manusia hamba kepada yang Maha Pencipta,tidak pernah terlepas daripada Ujian-Nya.Akal dan Iman sahaja yang membezakan,apakah Ujian yang diberi ini sesuatu Kebaikan atau Keburukan.Jika pandangan kita itu ke arah kebaikan maka Tenanglah  Hati yang menerima.Namun jika pandangan kita melebihi ke arah keburukan,sensara dan berombak la Hati yang menerima.

‘’ Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar."

( Surah al-Baqarah : 155 )

" Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu."

 (HR Hakim)



 Fahami dan ketahuilah bahawasanya Allah SWT tidak mendatangkan atau menjadikan sesuatu perkara itu secara sia-sia.Akal yang memikir,Iman sebagai bukti,yakinlah bahawa ujian bebanan yang di pikulkan ini,sesuatu tanda kasih Allah SWT kepada hamba-Nya.Sabar sebagai kunci untuk kita terus hadapi setiap Ujian-Nya dan yakinlah dihadapan pahala yang sedang menanti kita.Janji-janji Allah SWT itu Benar tetapi sebesar mana pula Iman kita kepada-Nya.

 Allah SWT berfirman maksudnya :
“ Hai orang-orang yang beriman,jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

 ( Surah al-Baqarah : 153 )

Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya."

 (HR Bukhari)

 Jangan pernah menyoalkan ( ”kalau” ) kepada Allah SWT,kerana-Nya lebih mengetahui akan sesuatu yang berlaku.Mohonlah kepada-Nya agar sesuatu yang terjadi itu di permudahkan.

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
  Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.Namun pada kedua-duanya ada kebaikan.Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau,pintalah pertolongan daripada Allah.Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah,maka jangan engkau berkata : Sekiranya ( KALAU ) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku.Tetapi katakanlah : Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya,sesungguhnya ‘ kalau ‘akan membuatkan pintu amalan syaitan.

 ( Riwayat Muslim )

..Jazaka Allahu Khairan جزاك الله خيراً …

No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template