Friday, March 27, 2015

Mudah-Nya Jika Kita Fahami-Nya

No comments:

Mudahnya Jika Kita Fahaminya

 Kenapa kita susahkan setiap sesuatu itu,apakah kita masih tidak mengenali tentang-Nya.atau kita masih keliru dengan apa yang kita janji kepada-Nya dan kita masih tidak percaya akan janji-janji-Nya

 Baca dan amalkan mudah-mudahan kita dapat kumpul bekalan untuk akhirat.Tidak perlu jadi ulama,ustaz,ustazah,abid untuk masuk syurga.Ikut kata al-Quran dan as-Sunnah pasti masuk syurga.Islam itu mudahkan?


JOM FIKIR 

"Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 Besarkanlah Allah SWT dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya.”
  (HR Ahmad)

"Dari Ibnu Abbas r.huma, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
 Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.”
  (Riwayat Bukhari)

"Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah.”
  (HR Tirmizi)

"Dari Uthman ibn Affan r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
  (HR Tirmizi)

"Dari Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
 Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian.” 
  (HR Tirmizi)

"Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
 Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri.”
 (HR Bukhari)

"Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. 
 (HR Muslim)”

"Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
 Dunia ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir".
 (HR Muslim)

"Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
 Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah".
 (HR Tabrani)

"Dari Abdullah bin Umar r.a berkata; telah bersabda Rasulullah SAW: 
 Sembahlah Ar-Rahman, berilah makan dan sebarkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki syurga dengan kesejahteraan".
 (HR Tirmizi)

"Dari Abdullah Ibnu Masíud r.a telah berkata bahawa ada seorang telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
 Apakah amalan yang paling afdhal? Baginda SAW telah menjawab: Menunaikan solat pada waktunya, 
 berbakti kepada kedua ibubapa dan berjihad di jalan Allah SWT ".
 (HR Bukhari)

...Jazaka Allahu Khairan جزاك الله خيراً ... 

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Kembalinya,Taubat Hambanya
    02.02.2015 - 0 Comments
    Segala sanjung dan puji hanya bagi Allah S.W.T.,Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam…
  • Kerana Sebatang Pokok
    06.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith7 Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: " Sebatang…
  • ZAMAN MENJUAL AGAMA
    26.10.2014 - 0 Comments
    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw Bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang…
  • Keburukan Dunia
    25.01.2015 - 0 Comments
    Pada suatu ketika,Rasulullah SAW berjalan melalui seekor kibas yang telah mati,lalu Baginda SAW…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (HR Abu Daud)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template