Tuesday, December 09, 2014

Sifat Tawaduk Rasulullah s.a.w.

No comments:
                                   Sifat Tawaduk Rasulullah s.a.w.


Baginda SAW adalah seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda SAW merupakan kekasih Allah S.W.T. dan Nabi Allah S.W.T.Baginda SAW juga tidak suka dipuji sebagaimana yang diceritakan oleh Sayidina Umar Al-Khattab di dalam sebuah hadis ,

"Janganlah kamu memuji aku berlebih-lebih seperti kaum Nasrani memuji Nabi Isa ibn Maryam.Sesungguhnya aku hanya hamba Allah.Maka kami semua menyebut:Hamba Allah dan RasulNya."
( Hadis Riwayat At-Tarmizi,Bukhari,Ahmad dan Abu Dawud)

Banyak hadis yang menceritakan tentang sifat tawaduk Rasulullah s.a.w.Antaranya ialah:

Rasulullah s.a.w. yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya,bukan orang yang berhajat itu datang menemui Baginda.

Baginda s.a.w. pernah memenuhi undangan seorang hamba,ketika itu Baginda s.a.w. hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat dari sabut.

Baginda s.a.w. menunaikan ibadah haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan di lapik dengan baldu yang harganya tidak sampai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin  Malik.

Baginda s.a.w. tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang sudah hampir basi.

Baginda s.a.w. tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka.Anas bin Malik meriwayatkan bahawa:"Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah s.a.w.Tetapi bila Baginda datang,mereka tidak bangun kerana mereka mengetahui bahawa Baginda s.a.w.tidak suka dihormati sebegitu."

Baginda s.a.w. adalah manusia biasa .Baginda merendam pakaian,memerah susu kambing dan melaksanakan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda s.a.w. mempunyai ramai isteri dan khadam ( pembantu )

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Balasan Azab Pengumpat Di Hari Kiamat
    13.02.2015 - 0 Comments
    Semoga lebih memahami… Gerakkan hati tetapkan Iman Pengumpat Al-Humazah 1-9 surah ke-104 Dengan Nama…
  • Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Saka
    31.01.2015 - 1 Comments
    RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN "Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap,…
  • Menyayangi Diliputi Resah Dan Pilu
    27.01.2015 - 0 Comments
     Tatkala hidup ini diliputi rasa resah dan pilu,kita sering mencari di mana permulaan salah silap dan di…
  • Solat Secara Berjemaah Lebih Di Sukai Allah S.W.T
    06.12.2014 - 0 Comments
    Dari Umar ibn Al Khattab r.a meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:  "Sesungguhnya…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Perumpamaan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah seperti seseorang yang berpuasa dan membaca Al-Quran di dalam solat sepanjang malam dan dia berterusan sibuk dengan berpuasa dan bersedekah sehingga mujahid di jalan Allah SWT itu pulang ke rumahnya. (HR Ibn Hibban)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template