Friday, February 13, 2015

Balasan Azab Pengumpat Di Hari Kiamat

No comments:
Semoga lebih memahami…
Gerakkan hati tetapkan Iman
Pengumpat
Al-Humazah 1-9
surah ke-104

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,Lagi Maha Penyayang

  Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.Yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitungnya.Dia ( manusia ) menyangkal bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.Sekali-kali tidak! Pasti dia akan  dilemparkan ke dalam Neraka Hutamah.Dan tahukah kamu apakah Neraka Hutamah itu?Ia adalah api ( azab ) Allah yang dinyalakan.Yang ( membakar ) sampai ke hati.Sungguh,api itu ditutup rapat di atas ( diri ) mereka.Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang panjang.

Hari Kiamat
Al-Qari'ah 1-11
surah ke-101

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,Lagi Maha Penyayang

  Hari kiamat.Apakah hari kiamat itu?Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan.Dan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur berterbangan.
Bagi orang yang berat timbangannya.Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan ( senang ).
Bagi orang yang ringan timbangan ( kebaikan ) nya.Maka tempat kembalinya adalah Neraka Hawiyah.
Dan tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah?Ia adalah api yang sangat panas.

..Jazaka Allahu Khairan جزاك الله خيراً …


No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Kenali Imam Syafie Dan Riwayat Hidupnya
    25.01.2015 - 0 Comments
    Iman Kita.....                          …
  • Sifat Tawaduk Rasulullah s.a.w.
    09.12.2014 - 0 Comments
                                 …
  • Petikan 2015 Hadis/Hadith
    10.02.2015 - 0 Comments
    Mari Membaca dan Mengamalnya   Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW…
  • BUKANNYA AKU?
    26.10.2014 - 0 Comments
    Muhasabah diri kita Aku bukan Ahmad Albab yang dapat harta daripada Jin Bukan jugaAli Baba yang kaya dengan…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang memenuhkan saf-saf, Allah SWT akan meninggikan darjatnya dan Para malaikat akan meliputi mereka dengan rahmat dan kebaikan. (HR Tabrani, Targhib)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template