Thursday, January 29, 2015

Wasiat Rasulullah s.a.w. Kepada Fatimah Az-Zahra

No comments:

  10 Wasiat Rasulullah saw.kepada puterinya Fatimah Az-Zahra



"Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya,pasti Allah akan menetapankan kebaikan baginya daripada setiap biji gandum,melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu."

"Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah."

"Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya,melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang."

"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya,melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak."

"Ya Fatimah, yang lebih utama daripada keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.Andai suami tidak redha kedapamu,maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fatimah,kemarahan suami adalah kemurkaan Allah."

"Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan.Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan,Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah.Jika dia melahikan kandungannya,maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya.Bila meninggal ketika melahirkan maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun.Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga.Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas,melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan.Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami,melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati,melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan mendatang."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepada suami dan menyikatkannya,meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga.Allah membebaskannya daripada seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat."


No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • GHIBAH ( mengumpat ) dan Memfitnah
    06.04.2014 - 0 Comments
    Allah S.W.T.mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.  "Jangan setengah kamu mengumpat yang…
  • Kasih Kepada Wanita Islam
    12.11.2014 - 0 Comments
    Kasih terhadap Wanita,Kaum Yang Lemah Nasihatku keranaNya Yang Maha Agong Kerana ramai wanita di…
  • Siapa Dan Dimanakah Kita Di Sisi Allah SWT
    10.04.2015 - 0 Comments
    Siapa kita??  Kita adalah makhluk yang bernama manusia juga digelar sebagai khalifah yang…
  • Himpunan Hadis Riwayat Tirmizi,Abu Daud,Muslim,Ibnu Hibban
    07.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith 15 Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Hendaklah…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mencaci maki orang Islam adalah hampir kepada kehancuran dan membinasakan (dirinya). (HR Tabrani dan Jami'us Saghir)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template