Rinduku pada Rasulullah s.a.w.
Rindu yang tidak dapatku gambarkan,tidak dapatku lisankan,tidak dapatku rungkaikan,tidak dapatku persembahkan…
Bila terjaga ku terasa diri ini semakin jauh,untuk ku pejamkan mata,terasa bagaikan kehilanganmu..Aku terlalu merinduimu,terlalu mengharap kita akan bertemu…Tapi bagaimana?Apakah aku layak berada di sisimu?
Aku sedar,bahawa diri ini terlalu jauh,jika untuk dibandingkan dengan mereka yang pernah kau ceritakan.Namun aku yakin kau tidak seperti apa yang aku gambarkan.Kau yang terbaik,tidak mungkin aku melepaskanmu,dan membiarkan diriku jauh darimu.Lama dulu aku berjanji,akan mengingatimu,aku juga berjanji akan tetap patut dan taat kepada permintaanmu.
Kini aku semakin mencari dan berharap,bahawa aku juga mampu melihat dan berada di sisimu.Biarpun dengan seribu rintangan yang harus aku tempuh,dan pelbagai hinaan juga cacian,aku rela.
Aku merinduimu,terlalu merindui……….
JOM BERSELAWAT
"Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali Allah S.W.T. akan berselawat kepadanya sepuluh kali."
Firman Allah S.W.T. :
"Sesungguhnya Allah S.W.T. dan malaikatNya berselawat ( memberi segala penghormatan dan kebaikan ) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.): Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
( Surah al-Ahzab : 56 )
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa berselawat kepadaku satu kali,maka Allah S.W.T. menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali."
( hadis Riwayat Muslim )
No comments:
Post a Comment