Saturday, January 31, 2015

Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Saka

1 comment:

RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN

"Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap, macam-macam dah cuba, tapi masih tak menjadi, saya jumpa dengan ramai USTAZ, perubatan Islam, ada yang kata saka dari saya, ada yang kata saka dari suami/isteri saya, saya pun kadang-kadang selalu bergaduh dengan suami/isteri saya, tolong buang saka saya ustaz."

Persoalan di atas adalah antara bermacam-macam soalan yang tampil menerjah sang faqir dalam ikhtiar berkaitan masalah anak atau rumahtangga.

Sebagai renungan bersama, berikut adalah persoalan yang sang faqir ajukan kembali kepada penanya, semoga menjadi panduan kepada kita semua jua.

1) Sejauh manakah anak-anak mengenali ALLAH dan RasulNYA?

2) Seakrab manakah anak-anak dengan Al Quran?

3) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membaca hadis atau sirah kepada anak-anak?

4) Adakah 2-3 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membelai dan bermain dengan anak-anak yang masih kanak-kanak? 

5) Berapa kerapkah dalam seminggu memeluk dan mencium ubun-ubun anak-anak yang masih kanak-kanak terutama sebelum mereka tidur?

6) Berapa kerapkah menyuap anak-anak makan dalam seminggu?

7) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk berbual dengan anak-anak yang sedang meningkat umur(remaja)? 

8) Berapa kerap dalam seminggu menunaikan solat 5 waktu berjemaah dengan anak-anak?

9) Berapa kerap mendengar anak-anak mendoakan ibubapa mereka dalam seminggu?

10) Pernahkah memandang wajah anak, sambil memegang tangan mereka dan berkata, "nanti pegang tangan papa & mama/ abi& umi/ walid &umi, macam nie tau masa masuk syurga."

Masing-masing kita boleh melihat persoalan-persoalan asas dalam mengharungi lautan keibubapaan ini.


Oleh kerana cenderungnya jiwa kepada perkara yang magikal, membuatkan hati terlupa kepada hal yang lebih logikal, mata tertutup kepada penyelesaian yang lebih rasional

1 comment:

Random Posts

  • KATA IMAM AL GHAZALI
    03.06.2014 - 0 Comments
    Kata al-ghazali Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah…
  • Keutamaan Dan Kelebihan Solat Malam
    08.01.2015 - 0 Comments
    Keutamaan Solat Malam Allah SWT telah berfirman kepada Rasul-Nya "Wahai orang yang…
  • Hukum Merokok Dari Pandangan Islam
    11.01.2015 - 0 Comments
    Merokok Dari Pandangan Islam  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal…
  • Bila Nafsu Melebihi Iman Akal Tiada Erti
    12.04.2015 - 0 Comments
    Bila Nafsu Dijual Iman Menjadi Pemborong Akal menjadi lusuh  Fikir keseronokan semua orang…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya. Para sahabat bertanya apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis zikrullah. (HR Tirmizi)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template