Thursday, April 16, 2015

Keindahan Islam Kerana Islam Itu Sendiri Indah

No comments:


Islam Itu indah terletaknya dimana

 Islam itu indah,tidak dinafikan lagi akan keindahannya,terbentuknya dengan 5 perkara dan diperkukuhkan dengan 6 perkara.Lima perkara yang dimaksudkan adalah rukun Islam itu sendiri dan enam rukun Iman.Namun sejauh manakah keindahan itu didalam diri kita,apakah kita telah memperburukannya.

 Bagi yang sentiasa menjaga dan sentiasa memperindahkannya,lafaz syukur yang tidak ternilai kita ucapkan.Alhamdulillah kehadrat Allah SWT.Semoga kita dipermudahkan dengan Agama-Nya dan mendapat Keredhaan-Nya.Di akhir nanti mudah-mudahan kita tergolong dikalangan mereka yang beruntung.

 Bagaimana pula bagi kita yang telah merosakannya,kemana kita di akhir nanti.Tiada kerugian bagi Allah SWT keatas kerosakan yang kita sendiri lakukan,bahkan tiada juga keuntungan bagi Allah SWT keatas keindahan yang kita kerjakan.Kita sayangkan Islam tetapi kita juga yang merosakannya.Pada 5 perkara Islam itu terbentuk jika satu daripadanya kita abaikan ( solat ),yang kita katakan ianya tiang agama.Dimana kekuatannya untuk berdiri jika kita seringkali mengabaikannya.

 Janganlah kita bermegah-megah,sombong di atas bumi Allah SWT ini,kerana tiada sesuatu pun milik kita.Diatas sebab itu,kita telah merosakan islam itu sendiri.Janji-janji kita kepada Allah SWT hanya Dusta yang nyata.Tanpa disedari,kita telah mengecewakan Nabi saw kita,apakah kita tidak tahu bertapa kasihnyaNabi saw terhadap kita,hidupnya sentiasa memikirkan kita iaitu umatnya.

 Ingatlah setiap apa yang kita kerjakan kebaikan atau keburukan,balasan-Nya pasti setimpal sepertimana yang telah Allah SWT janjikan. 

Janji-janji yang “ BENAR “...


...Jazaka Allahu Khairan جزاك الله خيراً … 

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • PANGGILAN UNTUK KITA
    26.10.2014 - 0 Comments
                                 …
  • Kenali Siapa Rasulullah S.A.W
    17.07.2013 - 0 Comments
    Berselawatlah kita kepada Baginda S.A.W RASULULLAH S.A.W   Muhammad bin Abdullah bin Abdul…
  • TANYA SAMA HUD-HUD
    23.09.2012 - 0 Comments
    Tanya sama Hud-Hud Tujuh puluh tiga pintu Tujuh puluh tiga jalan Yang sampai hanya satu…
  • Fadhilat Solat Dan Kelebihannya
    14.01.2015 - 0 Comments
    Fadhilat Solat "Sesungguhnya ketika Allah S.W.T.menciptakan tujuh petala langit,Dia memerintahkan agar…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang muslim adalah seorang yang tidak menyakiti muslim yang lain dengan lidah atau dengan tangannya dan seorang muhajir adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah. (HR Bukhari)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template