Wednesday, March 18, 2015

Cinta Dan Kasih Yang Paling Hampir Kedapaku

No comments:

Cinta dan kasih


  Kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan tidak pernah terlepas daripada cinta dan kasih.Perasaan cinta dan kasih juga sering membuatkan kita merasai kebahagian dan ada juga yang membuatkan kita merasai sensara.Walaupun kita sering merasai sakitnya berkasih sayang,kita masih mengharapkan kebahagian yang akan mendatang.

  Kisah-kisah bahagia yang pernah kita alami seringkali bermain difikiran hinggakan kita terlupa kesakitan yang sedang kita alami.Banyak pilihan lain yang mampu kita pilih,tetapi kasih sayang dahalu juga dijadikan pilihan.Sampai bila bergini?soalan ini perlu kita tanya pada diri dan hati kita.Terlalu sukar untuk kita meletakkan jawapan kerana keikhlasan hati untuk mencintai dan berkasih itu melebihi segalanya.

  Sampai bila bergini??
Untuk menemui jawapannya kembalilah cinta dan kasih kita kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya..Terimalah akan takdir Qada-Qadar-Nya dan kembalilah berpegangan kepada Sunnah Rasul-Nya.Sesungguhnya perancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik.Jangan jadikan sedikit kebahagian dan sensara yang Allah S.W.T. ambil membuatkan kita mula hilang pertimbangan diri,lupa akan cinta dan kasih Allah dan Rasul terhadap kita.Segalanya bukan milik kita yang hakiki.

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya."
 (HR Tirmizi)

" Hiduplah kamu di dunia ini seperti musafir atau sebagai orang yang sedang melintasi jalan."
 (HR Bukhari)

Dari Zaid bin Thabit r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah SWT akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah SWT akan menyusahkannya di dalam segala urusan (rasa khuatirkan) kemiskinan terbayang-bayang dihadapan matanya, dan dia akan mendapat dunia hanya sekadar apa yang telah ditakdirkan untuknya. Dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah SWT akan memudahkan urusannya dan Allah SWT akan menjadikan hatinya kaya, dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya."
 (HR Ibnu Majah)

Dari Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Aku berkeinginan untuk bertemu dengan saudara-saudaraku. Para sahabat berkata, Tidakkah kami ini saudara-saudara tuan? Baginda SAW menjawab: Kamu adalah sahabatku, tetapi saudara-saudaraku ialah orang-orang yang beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihat aku."
 (HR Ahmad)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • TANYA SAMA HUD-HUD
    23.09.2012 - 0 Comments
    Tanya sama Hud-Hud Tujuh puluh tiga pintu Tujuh puluh tiga jalan Yang sampai hanya satu…
  • Menghapuskan Dosa Darjat Di Angkat
    08.04.2015 - 1 Comments
                               …
  •  Tulisan Arab dan Rumi
    04.12.2014 - 0 Comments
     “Allah“                         …
  • Balasan Azab Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat
    25.01.2015 - 0 Comments
    Solat!!sebelum kita diSolatkan SEKSA MENINGGALKAN SOLAT "Apakah yang menyebabkan kamu semua…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Ibnu ‘Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari di jalan Allah SWT akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit. (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template