Monday, February 02, 2015

Keringat ibu..si Ayah yang tabah

No comments:
                                                                Keringat Si Ibu


Seawal 3/4 pagi si ibu korbankan masa rehat dan tidurnya,lantas bangun untuk siapkan kuih-muih demi membesarkan 8 orang anaknya,untuk dijual di pasar malam.
 Biarpun mata dan badan lesu nan lemah si ibu tetap berusaha tanpa ada sedikit pun keluh resah demi menyara kehidupan anak-anaknya.Jam menunjukkan 6.30 pagi,si ibu kejutkan anak-anaknya untuk ke sekolah,dalam masa yang sama si ibu siapkan sarapan,nasi putih,sambal belacan dan baki ikan semalam di jadikan nasi goreng dan minuman air teh "o".
 Dari celahan kain lipatan si ibu keluarkan dan letakkan wang siling Rm0.30/Rm 0.40 ,si ibu tidak pernah lupa sediakan wang untuk di jadikan wang belanja anak-anak di sekolah.Pergi la si anak ke sekolah,tanpa memikirkan kepenatan si ibu.

 Si ibu terus menyambung kerja yang tertinggal,kuih-muih di dapur belum lagi masak.Si ibu terpaksa pula,membasuh pakaian anak-anaknya yang tertimbun,tiada yang mengerti…….bertapa besarnya perngorbanan si ibu ketika ini.
  Kuih yang siap di masak dimasukkan pula ke dalam bekas-bekas dan di kira bilangannya……jam sekarang 11.00 pagi,si ibu segera pergi ke tapak niaga untuk siapkan meja,kerana takut tiada ruang tapak untuk berniaga pada waktu petang.
 Kembali bergegas si ibu pulang ke rumah,dalam keadaan penat yang belum hilang,si ibu siapkan pula makan dan minum tengahari untuk anak-anaknya yang akan pulang dari sekolah.Kepenatan di simpan demi kesenangan anak-anaknya.

 Jam 3.30 petang,kuih-muih yang telah siap di dalam bakul diletakkan dibahagian belakang tempat duduk basikal.Kayuh la si ibu dengan niat mencari rezeki demi sesuap nasi untuk membesarkan anak-anaknya.11.30 malam pulang la si ibu,dengan kayuhan basikal yang perlahan-lahan kerana terlalu penat.
 Adakalanya kuih-muih yang dibuat,di bawa pulang,kerana tiada yang terjual, dan adakalanya si ibu terpaksa bermandikan hujan,tapi si ibu tetap teruskan membuat kuih-muih pada keesokkan harinya.Tidur la si ibu tiada yang mengetahui,jaganya si ibu tiada yang melihat…………………………………
    Jasamu ibu……Terima Kasih IBU…..

si Ayah yang Tabah


  Ketika mudanya,dia seorang yang kuat dan tegas bagiku…tidak dibiarkan masanya terbuang bergitu saja.Setiap masa,ada saja perkara yang pasti dia lakukan.
 Seorang yang rajin tiada sekali pun bercuti dalam berkerja,setiap hujung minggu dihabiskan masanya di kebun dan sawah bendang.
Bercucuk tanam berjasa kepada tanah,di pikul guni yang berat,di tebang,pisaunya yang tajam.Hutan dan rimba,kotoran dibadan tidak dihirau.Dia sedar akan dirinya,dari keluarga yang susah dan miskin.Takbir dan tarannumnya pasti memukau kepada mereka yang mendengar.Al-quran menjadi peneman setianya,senjata yang tajam pengumpul peribadinya.
 Jika tidak mampu membaca al-quran dia pasti merotan tidak memilih abang atau adik kerananya 8 manusia menjadi insan,kemiskinan menjadi kekayaan bagiku.Kekayaanku,pastiku jadikan pintu syurga untukmu …
Ayah kau imam bagiku...

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • قبر
    27.01.2015 - 0 Comments
    قبر قبل يوم و الدمار لأولئك الذين لقوا حتفهم سوف تشهد مرحلة من مراحل الحياة الآخرة يسمى البرزخ…
  • DIMANA  KITA
    26.10.2014 - 0 Comments
    KEMBALINYA KITA?  Di setiap penjuru kita memandang KeKuasaanNya.Kita kenal siapa PenciptaNya di atas…
  • Ikhlas Dan Berniat Baik Dalam Setiap Amalan
    14.01.2015 - 0 Comments
    Ikhlas dan Berbuat Baik Dalam Setiap Perbuatan Allah s.w.t. berfirman : "Padahal mereka tidak disuruh…
  • TIPU DAYA DUNIA
    12.11.2014 - 0 Comments
    Akhir Zaman Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah . Bersabda; “Akan timbul di akhir zaman…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abdullah bin Amr r.a berkata: Aku bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah ganjaran majlis zikrullah. Baginda SAW menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah syurga, adalah syurga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma Uz Zawaid)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template