Sunday, February 01, 2015

Segalanya Berkemungkinan Akan Terjadi

No comments:
segalanya mungkin

 Malam siang ku lalui dengan debaran di hati,Pengalaman teman-teman membuat ku rasa bimbang. Di dalam kehidupan Segalanya berkemungkinan.
 Hari ini aku tahu,ku tak meraguimu kerna telah jadi bukti,Kau setia pada janji tetapi esok hari, Tak tahu apa 'kan terjadi.
 Ku ingin pertahankan Sebuah kejujuran,Ingin ku bersamamu
Ke akhir hayatku
Namun ku tak berani berjanji dengan pasti,Kita hanya merancang.Tuhan yang menentukan
Jangan kau salah mengerti dengan pengakuan ini,Usah disalah tafsirkan bukan ku tak sayang
Ku mahu kau menginsafi dengan kehidupan ini
Segala berkemungkinan
itu terjadi.

  Sejauh manakah kita redha dengan ketentuan Allah S.W.T.Apakah kita menyesali dan terus menyalahkan Takdir segalanya itu terjadi.Di mana kita letakkan keimanan di dalam diri kita,bahawa Allah S.W.T itu Maha Perancang,sesungguhnya rancangan Allah S.W.T itulah yang terbaik.Sesungguhnya bahawa Allah S.W.T.lebih mengetahui setiap apa yang terjadi."Segalanya mungkin" dan jangan  kerananya, keimanan kita menjadi lemah.Yakinlah bahawa setiap yang berlaku itu punyai sesuatu yang lebih baik daripada Allah S.W.T.


                          " Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada-Nya."
                                                            (surah al-Baiyyinah : 8 )

                          " Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan juga."
                                                           ( surah ar-Rahman : 60 )

                          Puncak segala kebaikan adalah redha Allah kepada hamba-Nya.
                           '" Dan beberapa tempat yang indah dalam Syurga And…."
                                                           ( surah at-Taubat : 72 )

" Seorang tidak mengetahui,apa yang tersembunyi untuknya di antara bermacam-macam kesenangan."
                                                           ( surah as-Sajdah : 17 )

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga selain pengasih."

Mereka bertanya,"Ya Rasulullah,tiap-tiap kami pengasih."
Rasulullah s.a.w.bersabda :
"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sendiri saja.Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri." 





No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Baju Besi Yang Sempit Azab Bagi Mereka Yang Melakukan Keburukan
    07.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith12 Dari Uqbah ibn Amir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: "…
  • Solat Berjemaah 27 Kali Ganda
    06.04.2015 - 0 Comments
    Solat Berjamaah  Sepertimana yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab.Banyak yang kita…
  • Bayan Maulana
    05.11.2014 - 0 Comments
    Bayan Melayu
  • HADITH
    10.11.2014 - 0 Comments
                 SENARAI HADITH         > Sahih…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Yang paling aku takutkan terhadap ummatku ialah si munafiq (orang fasiq yang riya’) yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal). (HR Baihaqi)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template