Thursday, February 05, 2015

Hidayah Allah SWT Kepada Hamba-Nya

No comments:


 Hidayah Allah S.W.T. yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya terbahagi menjadi hidayah umum dan hidayah khusus,kesemuanya mempunyai sepuluh peringkat,antara lain sebagai
 al-bayan al-khash ( penjelasan bersifat khusus ) dan al-isma' ( memperdengarkan ).
  
  Al-bayan al-khash ( penjelasan bersifat khusus ) berada pada peringkat ke tujuh,iaitu penjelasan penyingkiran sebab-sebab kehinaan daripada hati sehingga dia tidak kehilangan hidayah.Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Nahl : 36 dan surah al-Qasas :56

  Sementara al-isma' ( memperdengarkan ) berada pada peringkat kelapan,iaitu hidayah melalui pendengaran.Allah S.W.T. berfirman " Dan sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka tentu Dia jadikan mereka dapat mendengar.Dan jika Allah menjadikan mereka dapat mendengar pasti mereka berpaling,sedang mereka memalingkan diri"
( surah al-Anfal : 23 )

  Memperdengarkan di sini lebih khusus daripada memperdengarkan hujah dan tabligh ( penyampaian ),sebab yang demikian itu bergantung daripada diri mereka sendiri dan kerananya Allah S.W.T. menegakkan hujah ke atas mereka.Yang demikian itu bererti memperdengarkan telinga sedangkan yang ini memperdengarkan hati.Perkataan mempunyai lafaz dan makna yang berkaitan dengan telinga dan hati.Mendengarkan lafaz merupakan bahagian telinga,sedangkan mendengarkan hakikat makna dan tujuan merupakan bahagian hati.Allah S.W.T. meniadakan pendengaran maksud dan tujuan yang merupakan bahagian hati daripada orang-orang kafir dan hanya menetapkan pendengaran lafaz-lafaz yang merupakan bahagian telinga.

  Perbezaan antara peringkat ini dengan tingkatan pemahaman,bahawa tingkatan ini diperolehi melalui telinga,sedangkan tingkatan pemahaman sifatnya lebih umum,Jadi,peringkat ini lebih khusus daripada peringkat pemahaman jika dilihat dari sisi ini. Tetapi peringkat pemahaman juga boleh menjadi lebih khusus jika dilihat daripada sisi yang lain lagi,iaitu kerana dia berkaitan dengan makna yang dimaksudkan,kaitan dan isyaratnya.Inti peringkat mendengar ialah penyampaian maksud ke hati,yang bererti harus ada penerimaan pendengaran.Bererti dalam peringkat ini ada tiga peringkat lain,iaitu : telinga yang mendengar,hati yang mendengar dan penerimaannya.

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • KERANA KESERONOKKAN
    12.11.2014 - 0 Comments
       Kerana  mencari sedikit keseronokkan,   Kita terlupa kepada seribu…
  • Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat
    14.01.2015 - 0 Comments
    Firman Allah Taala, maksudnya:  " .. Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan…
  • Peringatan Akan Bahaya Dunia
    26.01.2015 - 0 Comments
       Dirawikan dari Abi Umamah Al-Bahili,bahawa Tsa'labah bin Hatib berkata:"Ya Rasulullah,berdoalah…
  • Siapakah Yang Di maksudkan Ulama Suk
    27.01.2015 - 0 Comments
    ULAMA DUNIA DAN SEKSAANNYA   Yang kumaksudkan ulama dunia adalah ulama suk,iaitu orang-orang yang…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pergi ke masjid untuk mempelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran haji yang sempurna. (HR Tabrani)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template