Thursday, February 05, 2015

Tanggungjawab Seorang Pemimpin

No comments:

Allah S.W.T. berfirman :
" Wahai Daud! Sesungguhnya engkau,Kami jadikan khalifah ( penguasai ) di bumi,maka berilah keputusan ( perkara ) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu,kerana akan menyesatkan engkau dari jalan Allah.Sungguh,orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat,kerana mereka melupakan hari perhitungan'
( surah Sad,38 : 26 )

  Inilah pesanan Allah S.W.T. bagi para penguasa,yakni agar mereka memberi keputusan hukuman yang benar kepada manusia menepati petunjuk-Nya,dan janganlah mereka berlaku tidak adil,kerana jika berat sebelah,maka mereka akan tersesat daripada jalan-Nya.Allah memberikan ancaman yang tidak boleh dipertimbangkan lagi dan seksaan yang sangat dahsyat bagi orang yang tersesat daripada jalan-Nya and melupakan hari perhitungan.

  Ibnu Abi Hatim berkata : daripada Abu Zur'ah,bahawa Al-Walid bin Abdul Malik bertanya kepadanya,Apakah pemimpin itu akan dihisab,sedangkan engkau telah membaca al-Quran dan memahaminya? " Aku berkata, " Wahai Amirul Mukminin,haruslah aku menjawabnya? " Dia berkata, " Jawablah keadaan selamat." Aku berkata, " Wahai Mukminin,apakah engkau atau Daud yang lebih mulia? Sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengaugerahkan kenabian dan kekuasaan bagi Daud a.s. Kemudian Allah S.W.T. membuat perjanjian dengannya yang tersurat dalam kitab-Nya,iaitu 

 Allah S.W.T.berfirman :
 " Wahai Daud! Sesungguhnya engkau,Kami jadikan khalifah ( penguasai ) di bumi,maka berilah keputusan ( perkara ) di antara manusia dengan adil dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu,kerana akan menyesatkan engkau dari jalan Allah.Sungguh,orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat,kerana mereka melupakan hari perhitungan'
( surah Sad,38 : 26 )

Hadis Nabawi

   Daripada Ibnu Umar r.a,Nabi s.a.w. bersabda, " Ketahuilah,setiap daripada kamu adalah pemimpin,dan setiap pemimpin bertanggungjawab di atas apa yang dipimpinnya.Seorang pemimpin yang memimpin manusia akan bertanggungjawab kepada rakyatnya,seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya,dan dia bertanggungjawab terhadap mereka,seorang wanita juga peminpin di rumah suami dan anak-anaknya,dan dia bertanggungjawab terhadap mereka,seorang hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya,dan dia bertanggungjawab di atas harta tersebut.Setiap kamu adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawab kepemimpinan."
( Hadis Riwayat Muslim ) 

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Saidatina Aisyah r.a.Isteri Rasulullah s.a.w.
    05.12.2014 - 0 Comments
    Kelebihan Saidatina Aisyah r.a Bapanya: Abu Bakar ( Abdullah ) bin Abi Kuhafa Uthman bin 'Amir bin…
  • BUKANNYA AKU?
    26.10.2014 - 0 Comments
    Muhasabah diri kita Aku bukan Ahmad Albab yang dapat harta daripada Jin Bukan jugaAli Baba yang kaya dengan…
  • Mudah-Nya Jika Kita Fahami-Nya
    27.03.2015 - 0 Comments
    Mudahnya Jika Kita Fahaminya  Kenapa kita susahkan setiap sesuatu itu,apakah kita masih tidak…
  • Keutamaan Dan Kelebihan Solat Malam
    08.01.2015 - 0 Comments
    Keutamaan Solat Malam Allah SWT telah berfirman kepada Rasul-Nya "Wahai orang yang…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Ibn 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan Israfil, semenjak hari penciptaannya terus berdiri dengan lurus di atas kedua belah kakinya tidak pernah mengangkat wajahnya. Di antara dia dan TuhanNya yang Maha Tinggi terdapat tujuh puluh hijab (dinding) dari Nur. Jika ia mendekati kepada hijab ini nescaya akan terbakar. (HR Masahibus Sunnah)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template