Bersama Orang-orang Yang Berzikir
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Amma'ba'du,,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا<> وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا<>
"Hai orang-orang yang beriman,berzikirlah ( dengan menyebut nama ) Allah,zikir yang sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu siang dan petang."( Al-Ahzab:41-42 )
Keutamaan Berzikir.
Pada jilid ke-10 kitab Majmu'Al-Fatawa,karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah,dia mengatakan,yang ertinya:
"Sesungguhnya ibadat yang paling utama setelah ibadah-ibadah wajid adalah zikir.Ini hampir sudah menjadi kesepakatan para ulama'."
Oleh kerana itu,ada dua jalan yang dapat menghantarkan seorang hamba itu menuju keredhaan Allah S.W.T.,iaitu berfikir dan berzikir.Tarakkur terhadap pelbagai anugerah dan nikmat Allah S.W.T.Dan berzikir dengan nama-nama yang indah sifat-sifat Allah S.W.T. serta zikir yang sesuai dengan syari'at.
Apabila orang-orang soleh berkumpul,mereka akan berzikir kepada Allah S.W.T.,sementara orang-orang yang berperilaku buruk dan durjana berkumpul,mereka akan membincangkan hal-hal yang mendekatkan mereka kepada syaitan yang terkutuk.
Zikir orang-orang soleh adalah dengan bertasbih,bertahmid,bertakbir dan bertahlil,sementara zikir orang-orang yang berpaling dari Allah S.W.T.,iaitu dengan nyanyian yang melalaikan,ghibah ( mengumpat orang lain ),namimah ( mengadu domba ) dan kekejian.
"Apabila kami sakit,maka kami akan berubat dengan zikir kepada Allah dan tatkala kami tidak berzikir,kami akan jatuh terjerumus"
Allah S.W.T.berfirman:
<>أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ……
"……….ingatlah,hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."( Ar-Ra'd:28 )
Hati yang sentiasa bergantung dengan berbagai kenikmatan duniawi tidak akan pernah merasakan ketenteraman selamanya.Sebahagian manusia sangat bergantung dengan jawatan,sebahagian lagi dengan istana megah,ada juga yang bergantung dengan harta dan anak keturunan.Akan tetapi,hati mereka tidak pernah tenteram.tidak pernah damai,dan dada mereka tidak pernah merasa lapang.Kerana Allah S.W.T.berfirman:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَه,مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ,يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ<> قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا<> قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ<>
"Dan sesiapa berpaling daripada peringatanKu,maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit,dan Kami akan menghimpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta.Berkatalah ia:"Ya Tuhanku,mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta,padahala aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"Allah berfirman:"Demikianlah,telah tiba kepadamu ayat-ayat Kami,maka kamu melupakannya,dan begitu( pula ) pada hari ini kamu pun dilupakan."( Thaha:124-126 )
No comments:
Post a Comment