Saturday, December 06, 2014

Hadis Bukan Umatku Tua ataupun Muda

No comments:
Petikan hadith6


Dari Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Bukan daripada ummatku barangsiapa tidak menghormati orang yang lebih tua, tidak menunjukkan kasih sayang kepada orang yang lebih muda dan tidak memuliakan alim ulama."
 (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Dari Muhammad bin Amr bin Hazm r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Seorang mukmin yang menggembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang mukmin yang dalam kesusahan, Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari penghisaban."
 (HR Ibnu Majah)

Dari Rafi Ibn Khudaij r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Apabila Allah SWT mengasihi seseorang manusia, Dia melindunginya daripada tipuan dunia sebagaimana melindungi pesakit-pesakit kamu daripada terkena air."
 (HR Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa membaca seratus kali pagi dan seratus kali petang: Subhanallahi Wa Bihamdihi, akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebagaimana buih-buih dilautan."
 (Hadith Sahih oleh Hakim)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sepuluh kali diwaktu pagi, sepuluh kali diwaktu petang, maka dia akan mendapat syafaatku pada hari Kiamat."
 (HR Tabarani dan Majma uz Zawaid)

Dari Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Mintalah kepada Allah akan kurniaan-kurniaanNya. Sesungguhnya Allah amat suka apabila diminta. Dan sebaik-baik ibadah ialah memohon kelapangan."
 (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku."
 (HR Tirmizi)

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa berselawat keatasku sekali Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan."
 (HR Tirmizi)

Dari Abu Bakar As-Siddiq r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan dikalangan orang yang melakukan dosa walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa."
 (HR Abu Daud)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa berzikir kepada Allah dan kerana ketakutannya kepada Allah mengalir air matanya hingga jatuh ke bumi, Allah SWT tidak akan mengazabnya pada hari Kiamat."
 (HR Hakim)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya orang-orang yang tiada sesuatu daripada (penghafalan) Al-Quran di dalam dadanya adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong."
 (HR Tirmizi)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Apabila kamu melintasi taman-taman syurga maka nikmatilah keindahannya. Para sahabat bertanya apakah taman-taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Majlis-majlis zikrullah." (HR Tirmizi)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 " Ramai diantara orang yang berada ditempat tidur yang empuk sibuk berzikir kepada Allah dengan berkat zikirnya dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi darjatnya."
(HR Abu Ya’la, Majma uz Zawaid)

Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 " Penghuni syurga (selepas memasuki syurga) tidak akan menyesal kecuali pada satu masa yang mereka lalui dahulu tidak berzikir kepada Allah."
 (HR Tabrani)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
 " Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku akan sentiasa bersama hambaku selagimana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu."
(HR Ibnu Majah)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Allah amat meredhai seorang hambaNya yang makan sesuap makanan dan bersyukur kepada Allah atau seorang yang meminum seteguk air lalu bersyukur kepadaNya."
 (HR Muslim)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW:
" Berdoalah kamu kepada Allah dengan penuh yakin bahawa doa kamu diterima. Ketahuilah! Bahawasanya Allah tidak akan menerima doa seseorang yang hatinya lalai (ketika berdoa). Mengingati yang lain selain daripada Allah."
 (HR Tirmizi)

Dari Abi Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya orang yang paling hampir di sisi Allah ialah mereka yang terlebih dahulu memberi salam (diantara mereka)."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w, sabdanya:
" Setepat-tepatnya kalimat yang diucapkan oleh seseorang syair ialah ucapan Labid yang ertinya: Ingatlah, semua benda yang selain Allah adalah batil atau rosak dan tidak kekal."
 (Muttafaq ‘alaih)

Dari Ubadah bin Samit r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang beristighfar untuk orang-orang Islam, lelaki dan perempuan, maka Allah SWT akan menuliskan ganjaran baginya, bagi setiap lelaki dan perempuan mukmin itu dengan satu kebaikan. (HR Tabrani)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Saidatina Aisyah r.a.Isteri Rasulullah s.a.w.
    05.12.2014 - 0 Comments
    Kelebihan Saidatina Aisyah r.a Bapanya: Abu Bakar ( Abdullah ) bin Abi Kuhafa Uthman bin 'Amir bin…
  •  Dari Muaz al-Juhaniy r.a
    08.07.2014 - 0 Comments
    Dari Muaz al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa membaca Al-Quran…
  • Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa
    19.04.2015 - 0 Comments
    Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa  Beruntunglah kepada mereka yang dapat membaca dan layak…
  • Masjid Ialah Rumah Bagi Orang Yang Bertakwa
    07.12.2014 - 0 Comments
    Petikan hadith11 Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: " Masjid ialah…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa bersumpah palsu dengan sumpah palsu dan mengambil hak seorang muslim yang lain Allah akan mewajibkan baginya memasuki neraka Jahannam dan haram ke atasnya syurga. Seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah SAW walaupun di atas satu benda yang remeh? Nabi SAW bersabda: Ya walaupun sebesar satu ranting dari pohon arak. (HR Muslim)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template