Kasih terhadap Wanita,Kaum Yang Lemah
Nasihatku keranaNya Yang Maha Agong
Kerana ramai wanita di sekeliling aku,ibuku,isteriku,anakku,juga saudariku..
. Wanita Islam hendaklah memelihara pandangan, kemaluan dan tidak menampakkan perhiasan mereka melainkan yang diharuskan sahaja. Ini telah ditegaskan oleh firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya".
Tempat yang paling baik bagi wanita adalah di rumah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu".
Islam juga melarang wanita berhias secara keterlaluan seperti amalan wanita zaman jahiliyyah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh An-Nasaei, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Mana-mana wanita yang memakai minyak wangi, kemudian lalu dihadapan satu kumpulan (manusia) untuk menarik perhatian mereka, maka dia boleh mendorong kepada perlakuan zina".
Copyright © RealEye4U...
Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template
No comments:
Post a Comment