Sunday, April 19, 2015

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

No comments:


Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

 Beruntunglah kepada mereka yang dapat membaca dan layak menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.Kalah atau Menang bukan persoalannya,tetapi ganjaran pahala dan tempat kita disisi Allah SWT yang perlu kita ketahui bagi mereka yang mencintai Al-Quran.

   Sayyidina ‘Usman r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkanya .”
 ( HR.Bukhari,Abu Daud,Tirmizi,Nasa’i & Ibnu Majah )

Sebenarnya,al-Quran itulah Islam.Oleh itu,agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran al-Quran.Sesiapa yang telah memperolehi al-Quran,dia telah menyimpan ilmu kenabian di kepalanya dan juga “ Tanda cinta kepada Allah SWT “.

 Sayyidina Abu Sa’id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
 “ Allah berfirman,” Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati-Ku dan berdoa kepada-Ku kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan menguniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kedapa-Ku.’Ketinggian perkataan Allah SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah SWT ke atas segala makhluk ( ciptaan-Nya ).
 ( HR.Tirmizi,Darimi & Baihaqi )

 Atas Sebab Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang,setiap mereka yang membaca pasti menerima ganjaran-Nya.

 Sayyidatina ‘Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur.Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran.”
 ( HR.Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi & Ibnu Majah )

 Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran,satu ganjaran untuk bacaannya dan satu lagi kerana dia menanggung susah payah dalam bacaannya yang sekat-sekat.Tetapi tidak bermaksud ganjarannya melebihi daripada seseorang yang mahir.Seseorang yang mahir berlipat kali ganda lebih besar ganjarannya.

 Pilih dan nilailah sendiri kerana setiap diantara kita mempunyai akal dan iman.Setiap apa yang kita kerjakan mempunyai ganjaran dan balasan-Nya.

 Sayyidina Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
 “ Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau manis yang mempunyai bau yang sedap dan rasa yang manis.Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar,sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis.Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah seumpama buah’hanzal’,buah ini tidak mempunyai bau dan berasa pahit.Perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran adalah seperti bunga ‘ raihanah ‘,berbau harum tetapi berasa pahit.”
 ( HR.Bukhari,Muslim,Nasa’i & Ibnu Majah )

 Sesiapa sahaja yang beriman dengan al-Quran dan beramal dengannya akan diberi oleh Allah SWT ketinggian dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang tidak beramal dengan al-Quran akan dihina oleh Allah SWT.

  Sayyidina ‘Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
 “ Sesungguhnya Allah SWT memuliakan ramai orang melalui kitab ini ( al-Quran ) dan menghinakan ramai orang dengannya.”
 ( HR.Muslim )
Dia menyesatkan kebanyakan orang dengan kitab ini dan memberi petunjuk kepada kebanyakan orang dengan kitab ini “
 ( Surah al-Baqarah : 26 )


….PILIH YANG MANA KITA INGINKAN…...
  




Saturday, April 18, 2015

Thursday, April 16, 2015

Wednesday, April 15, 2015

Tuesday, April 14, 2015

Monday, April 13, 2015

Sunday, April 12, 2015

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template