Wednesday, November 12, 2014

PETIKAN HADITH

No comments:


Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku terhadapa anggota-anggota yang berada di antara kedua-dua tulang rahang dan di antara dua paha( bahawa dia tidak salah menggunakan lidah dan kemaluannya ) maka aku menjaminkan syurga untuknya "
( Bukhari )

Sayyidina 'Uqbah bin 'Amir r.a berkata saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
"Wahai Rasulullah ,apakah cara untuk mendapatkan keselamatan?"Baginda s.a.w menjawaba,"Peliharalah lidah kamu,tinggallah di dalam rumah kamu( jangan ke sana ke mari tanpa tujuan ) dan menangislah atas kesalahan - kesalahan kamu."
( Tarmizi )

Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,:
"Sesungguhnya seseorang hamba berkata-kata dengan sesuatu perkataan yang dia rasa tidak menjadi apa-apa kesalahan namun kerana itu dia akan jatuh ke dalam neraka sejauh jarak perjalanan tujuh puluh tahun".
( Tarmizi )

Sayyidina 'Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: ,
"Apabila seseorang hamba bercakap dusta maka malaikat akan menjauhkan diri daripadanya sejauh satu batu kerana busuk pendustaannya itu"
( Tirmizi )

No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template