Thursday, October 06, 2011

About RealEye4U

No comments:

Bersama-sama kita
Berselawat kepada Baginda S.A.W

Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Setiap perbuatan berdasarkan dari niatnya,dan setiap orang mendapat apa yang dia niatkan.Siapa yang hijrahnya diniatkan kepada Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya terhitung kepada Allah dan Rasul-Nya.Dan siapa yang hijrahnya diniatkan kepada harta duniawi yang akan dia dapati atau wanita yang akan dia nikahi,maka hijrahnya terhitung kepada apa yang dia niatkan," 

                         
".....Ingat! Sesungguhnya dalam jasad ( manusia ) ada segumpal darah,Jika ia baik,maka baiklah jasad seluruhnya.Jika ia rosak,maka rosaklah jasad seluruhnya.Ingat!Itulah Hati."
                 ( Hadis riyawat Bukhari & Muslim )
Tiada daya upayaku melainkan dengan izin-Nya,Allah S.W.T, Pentadbir langit dan bumi..

Alhamdulillah,
Segala puji dan syukur ke hadhrat Allah S.W.T di atas segala limpah kurni serta inayahNya.RealEye bukan la seorang ustaz,bahkan bukan juga seorang pendakwah,jauh sekali untuk digelar seorang ulama.RealEye hanya seorang hamba Allah yang masih mencari jalan-Nya yang Lurus,dan masih perlu dibimbing dan diberi teguran.Di atas sebab kedhaifan diri sendiri,terlahirlah RealEye4U,bukan bertujuan untuk mengajar insan lain,Tetapi lebih kepada diri RealEye sendiri.
Yang tersirat dan tersurat
 "RealEye"pandangan mataku,jalan yang lurus,tiada yg lain melainkan Allah
  "4U" untuk diriku sendiri,hatiku,rohaniku,
Jika berlakunya kesilapan didalam ruang post RealEye4U,segerakanlah memberi teguran,kerana manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

An-Nukman Basyir berkata:"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ibarat sesama orang mukmin dalam berkasih sayangnya seperti sebuah jasad.Jika meratap salah  satu anggotanya,maka seluruhnya akan berdukacita" 

About :Realeye4u.blogspot.com

       Wassalamualaikum.Wr.Wb.          
          Sekian....

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Bacaan Al - Fatihah Bersanad ( Antara paling tepat di Dunia) oleh Syeikh...
    02.01.2015 - 0 Comments
  • CANTIKNYA TATU ??
    05.02.2014 - 0 Comments
    Cantiknya Tatu dan Bulu kening? Abdullah ra.berkata" Semoga Allah melaknat Al-Wasyimat( wanita pembuat…
  • KERANA KESERONOKKAN
    12.11.2014 - 0 Comments
       Kerana  mencari sedikit keseronokkan,   Kita terlupa kepada seribu…
  • Kembalinya,Taubat Hambanya
    02.02.2015 - 0 Comments
    Segala sanjung dan puji hanya bagi Allah S.W.T.,Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada malam Isra’ aku telah lalu berhampiran satu golongan yang bibir-bibir mereka dipotong dengan sebilah gunting dari api neraka. Aku telah bertanya kepada Jibrail a.s siapakah mereka ini? Jibrail a.s menjawab: Mereka adalah juru nasihat yang selalu menyuruh orang lain berbuat baik dan melupakan diri sendiri, yakni dia sendiri tidak beramal. Padahal mereka membaca kitab Allah SWT. Tidakkah mereka faham. (HR Musnad Ahmad)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template