Friday, April 10, 2015

Siapa Dan Dimanakah Kita Di Sisi Allah SWT

No comments:


Siapa kita??



 Kita adalah makhluk yang bernama manusia juga digelar sebagai khalifah yang pernah berjanji bahawa Allah SWT,tuhan kita,dan juga berjanji Muhammad bin Abdullah itu Rasul-Nya dan Nabi kita.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Apabila Allah menciptakan makhlukNya lantas ditulis di Lauh Mahfuz, Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada kemurkaanKu. Tulisan ini berada di atas 'Arasy dihadapan mereka."
 (HR Muslim)

 Pada detik ini dimanakah kita letakan janji-janji kita itu?
  1. Apakah di mulut?
  2. Apakah di Hati?
  3. Apakah di Perlakuan?

 Biarpun di mana kita letakan semua itu,kita sahaja yang mengetahui.Namun Allah SWT yang lebih Maha Mengetahui dan Menilainya.Semuanya terletak pada 3 perkara,mulut yang melafazkan,Hati yang mengimankan,perlakuan yang mengamalkan.

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sangat beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan pernah melihatku (sekali). Sungguh beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan belum pernah melihatku (sehingga tujuh kali)."
 (HR Ahmad)

 Sesungguhnya jika kita tetap teguh pada janji-janji kita itu,kita adalah tergolong dalam kalangan orang yang berjaya.Sentiasa bersabar dan bersyukur dengan apa yang diberikan-Nya.Redha dengan setiap ujian-Nya.Taat pada setiap suruhan-Nya dan Rasul-Nya dan tinggalkan setiap larangan-Nya dan Rasul-Nya .

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda:
" Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu dari dirimu) dan engkau terus harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari syurga."
 (HR Ibnu Majah)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Allah amat meredhai seorang hambaNya yang makan sesuap makanan dan bersyukur kepada Allah atau seorang yang meminum seteguk air lalu bersyukur kepadaNya."
 (HR Muslim)

 Jika sebaliknya kita adalah orang yang sedang berdusta dan tergolong dikalangan orang yang rugi.Tiada rasa malu dan sombong dengan nikmat yang kita perolehi daripada-Nya.Lupa dengan janji-janji balasan yang pedih akan kita terima nanti.Seringkali bermegah-megah dengan apa yang kita perolehi hari ini.Sedangkan semuanya itu bukan milik kita. 

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga."
 (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Jika seseorang hamba bercakap bohong, maka kerana kebusukan bercakap bohong itu malaikat akan menjauhinya satu batu."
 (HR Tirmizi)

  Biarpun apa yang kita lakukan,kebaikan atau keburukan kesemuanya pasti dinilai dan diberikan balasan yang setimpal dengannya.Ketika mana kita diperhimpunkan dihadapan Allah SWT pada hari Kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Pada hari Kiamat bumi akan berada didalam genggaman Allah SWT dan langit berada disebelah kananNya kemudian berfirman; Akulah Raja, dimanakah raja bumi hari ini?"
 (HR Bukhari)


No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template