Muhasabah diri selagi nyawa di kandung badan,Ingat mati!!..ingat sakit,ingat saat kita sulit,ingat dan terus beringat hidup cuma satu kali.
Benar aku tidak kaya tetapi aku tidak miskin
Benar aku tidak pandai tetapi aku tidak bodoh
Benar aku tidak menangis tetapi aku tidak gembira
Tanyalah kepada sang hati :
Siapa mereka di sekeliling kita?
Apakah ada terguran ketika kita hampir @ sudah tersasar?
Dimana kita ketika ini?
Apakah yang kita sedang lakukan?
Apakah Amalan yang kita bekalkan?
Sejauh manakah kita mengenali-Nya?
Sebesar mana pula keimanan kita terhadap-Nya?
Apakah kita semakin leka?
Apakah kita sudah cukup bersedia menemui-Nya?
"Kata-kataku bukan untuk menegur apatah lagi untuk mendidik,hadirnya tidak di atur lahir tersusun daripada hati yang ikhlas.Seribu kata-kataku hanya satu untukmu selebihnya buat berkalan diriku"
Lebih baik seorang yang jahil mencari kebenaran,daripada seorang yang pandai tidak menyampaikan kebenaran.
Berseorang yang beriman lebih baik daripada berkumpulan dalam kemaksiatan.
Bersyukur dalam kemiskinan lebih baik daripada kaya dalam kekufuran.
Memaafi orang lain lebih baik daripada berdendam dibencikan Tuhan.
Penyesalan adalah cara Tuhan untuk mengajarkan manusia supaya berhati-hati dalam mengambil keputusan.
Hidup ini,?
Kadangkala terasa hidup ini terlalu sepi,terlalu mengharap.terlalu meminta,hinggakan tiada ruang untuk mendekati pencipta,terlupa akan Amanah asal kehidupan.kerana terlalu berlari mengejar kehidupan dan keindahan dunia.Sedangkan kita tahu hidup Alam Akhirat itu lebih baik,bahkan lebih banyak janji-janji yang besar dan mewah daripada Allah SWT. Jika kita seorang yang beriman,yakinlah bersungguh-sungguh bahawa hari pembalasan itu Benar!( Hari Akhirat),semoga kita dapat menyesali dan memperbaiki diri diatas setiap kesilapan yang berlalu.Sentiasa mencari dan memperbaiki untuk menghadapi kehidupan yang mendatang.Takutlah dan Taatlah kepada Allah SWT, jika kita tergolong di dalam orang yang Benar.
Sedikit kesenangan dunia banyakan kebahagiaan Akhirat,Insya'Allah hidup kita diberkhati Allah SWT,dan sentiasa mendapat Rahmat-Nya.
No comments:
Post a Comment