Dari Muaz al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengannya, kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari. Kemudian kalaulah matahari itu berada di dalam rumah kamu, (cahayanya tentu lebih terang, namun cahaya mahkota itu lebih terang lagi. Kalau pahala ini hanya untuk kedua ibu bapanya) Maka kamu dapat bayangkan apakah yang akan diterima oleh orang yang membacanya sendiri."
(HR Abu Daud)
Dari Buraidah Aslamiy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari Kiamat dengan sebuah mahkota yang diperbuat daripada Nur. Cahayanya seperti cahaya matahari. Kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada tandingannya di dunia ini. Dia akan bertanya kenapakah dia dipakaikan dengan pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab: Ini kerana kamu mengajar anak kamu membaca Al-Quran."
(HR Hakim)
Dari Anas r.a menceritakan bahawa seorang wanita selalu membersihkan sampah-sampah di masjid telah meninggal dunia. Baginda SAW telah diberitahu tentang kematiannya di waktu pengkebumiannya. Baginda SAW datang lalu bersabda:
" Apabila meninggal dunia salah seorang daripada kamu beritahulah aku. Lantas Nabi SAW menyembahyangi jenazahnya dan bersabda: Sesungguhnya aku melihat dia berada di dalam syurga kerana dia selalu membersihkan kotoran-kotoran di masjid."
(HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)
Dari Uqbah bin 'Amr r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Apabila seseorang berwudhu' dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersolat maka malaikat yang mencatit kebaikan akan datang mencatit dimana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan. Orang yang duduk menunggu solat adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersolat."
(Musnad Ahmad)
Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan; Satu hari Nabi SAW bersabda tentang solat bahawa:
" Barangsiapa menjaga solat fardhunya tepat pada waktunya, pada hari Kiamat nanti akan menjadi Nur kepada orang yang mengerjakannya, menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Sebaliknya tidak ada Nur, pembela dan penyelamat bagi orang yang tidak menjaga solatnya dan pada hari Kiamat mereka akan digolongkan bersama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf."
(HR Ahmad dan Tabrani)
Dari Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Islam itu terdiri dari lapan bahagian (yang penting). Islam (iman) satu bahagian, mendirikan solah satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taa’la satu bahagian, sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagian pun daripadanya."
(HR Al-Bazzar)
Dari Abi Musa al-Asya’ri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Satu ketika berdiri di hadapan kami memberi lima rangkai kalimat. Maka sabdanya: Sesungguhnya Allah SWT tidak tidur. Dan tidak selayaknya bagi Allah SWT itu tidur. Mengurangi dan menambahkan rezeki. Mengangkat amalan malam sebelum amalan siang. Dan mengangkat amalan siang sebelum amalan malam. Hijabnya daripada nur, jika ia dibuka nescaya sejauh mana makhluk yang dapat dilihat akan terbakar kerananya."
(HR Muslim)
Dari Miqdad r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Pada hari Kiamat, matahari akan dihampirkan pada semua makhluk sehingga tinggal sebulan perjalanan dari bumi. (Disebabkan kepanasan) manusia akan berpeluh mengikut kadar amalannya. Lebih banyak keburukan yang dilakukannya lebih banyak peluh yang dikeluarkan sehingga ada yang sampai ke buku lali, sebahagiannya ada yang sampai ke lutut, sebahagiannya ada yang sampai ke pinggangnya dan sebahagian ada yang sampai ke mulutnya. Rasulullah SAW menunjukkan tangannya ke arah mulutnya (iaitu hingga sampai ke sini)."
(HR Muslim)
Dari Abdullah bin Zubair r.huma berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: " Kalaulah anak Adam ini diberi satu lembah daripada emas, nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan sekiranya diberi lembah kedua nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang ketiga. Dan sentiasa tidak akan merasa cukup perut anak Adam ini kecuali dipenuhi dengan tanah (iaitu setelah mati). Namun satu rahmat Allah terhadap hambaNya, dari mencintai harta dunia kepada mencintai Allah (Dengannya didunia ini Allah memberi ketenangan dan memelihara dari sifat tamak dan rakus dari mengumpul harta)."
(HR Bukhari)
Dari Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya: Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi. Selanjutnya Baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi."
(HR Baihaqi)
Dari Haris bin Wahbin r.a berkata, aku mendengar nabi SAW bersabda:
" Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? (Kemudian Nabi SAW sendiri bersabda): Tidakkah aku tunjukkan kepada kamu, siapakah ahli-ahli syurga? Mereka ialah setiap orang yang lemah yakni orang yang berlebih kurang apabila bermuamalah dengan orang lain, tidak keras hatinya, tawadhuk dan berhati lembut sehingga orang menyangka dia seorang yang lemah (hubungannya dengan Allah adalah) sekiranya dia bersumpah dengan nama Allah, nescaya sumpahnya ditunaikan. Dan tidakkah aku beritahu kepadamu siapakah ahli neraka. Kemudian Nabi SAW sendiri menjawab: Dia ialah seorang yang mengumpulkan harta tetapi bakhil, keras hati dan takabur.
(HR Bukhari)
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Pada hari Kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang-orang fakir dan miskin dikalangan umat ini? Nabi bersabda: Mereka semua bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang kamu amalkan? Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. Allah berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah SAW bersabda: Lantas mereka dimasukkan ke dalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. Dan tinggallah mereka dengan penghisaban yang keras dikalangan orang-orang yang kaya dan para pemerintah."
(HR Ibn Hibban)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Tujuh golongan akan berada dibawah naungan rahmat Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. (Pertama): Raja yang adil. (Kedua): Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah. (Ketiga): Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid. (Keempat): Dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. (Kelima): Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah. (Keenam): Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Dan (Ketujuh): Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata."
(HR Bukhari)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
" Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu? Lalu jawab sahabat: Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta. Lantas Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka." (HR Muslim)
Hazrat Suhail r.anhu berkata bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Berdirinya salah seorang dari kalian sesaat dijalan Allah SWT adalah lebih baik daripada segala amalan kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat di keluarganya (rumahnya)."
(HR Tirmizi)
Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya:
" Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana. Maka Rasulullah SAW telah bersabda: Kelana umatku ialah berjihad di jalan Allah SWT."
(HR Abu Daud)
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah ditanya:
" Siapakah di antara orang beriman yang paling sempurna imannya? Baginda SAW telah bersabda: Di antara orang beriman yang paling sempurna imannya ialah dia yang berjihad di jalan Allah SWT dengan diri dan hartanya. Kedua dia yang tinggal di satu lembah menyembah Allah SWT dan dia menyelamatkan orang ramai dari kejahatannya."
(HR Abu Daud)
Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Bagi setiap nabi ada cara rohbaniahnya (meninggalkan dunia dan keseronokannya). Rohbaniah umatku ialah berjihad di jalan Allah SWT."
(HR Ahmad)
Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Kamu semua hari ini mendengar perkara-perkara keagamaan dariku, esok perkara-perkara ini didengari pula daripada kamu. Kemudian ia didengari pula dari orang-orang yang mendengarinya daripada kamu (kerana itu dengarlah dengan teliti dan sampaikanlah kepada orang-orang yang selepas kamu, supaya mereka dapat menyampaikan kepada orang-orang selepas mereka, dan urutan ini berterusan)."
(HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan satu jemaah untuk keluar ke jalan Allah SWT, mereka telah bertanya:
" Ya Rasulullah! Malam ini kami pergi atau pun tinggal di sini dan pergi esok pagi? Baginda SAW telah bersabda: Adakah kamu tidak ingin untuk bermalam di salah satu kebun dari kebun-kebun syurga? Yakni bermalam di jalan Allah SWT adalah seperti bermalam di kebun-kebun syurga."
(Sunan Kubra)
Dari Uthman bin ‘Affan r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sehari di jalan Allah SWT lebih baik dari seribu hari yang lain."
(HR Nasa’i)

No comments:
Post a Comment