Sifat Allah S.W.T.terbahagi kepada TIGA
1.Sifat yang WAJIB bagi Allah
2.Sifat yang MUSTAHIL bagi Allah
3.Sifat yang JAIZ ( harus ) bagi Allah
Sifat "WAJIB"bagi Allah ada 20 sifat:
1.WUJUD ertinya Ada
Wajib mempercayai adanya Allah S.W.T.
Firman-Nya yang bermaksud :
"Dan daripada tanda-tanda mengenai adanya Allah ialah adanya malam dan siang,matahari dan bulan.Janganlah kamu menyembah kepada matahari atau bulan tetapi sembahlah kepada Allah Yang Maha Mencipta semuanya itu.Jikalau kamu semuanya benar-benar menyembah-Nya."
( srh al-Fusilat : 37 )
2.QIDAM ertinya Sedia
Wajib mempercayai bahawa Allah adalah tidak ada permulaan bagi kewujudannya.
Firman-Nya yang bermaksud :
"Dialah Allah Yang Maha Awal ( Pertama dan Yang Maha Akhir dan Maha Terang(zahir) dan Maha Tersembunyi dan Dia adalah Maha Mengetahui segala sesuatu."
( srh al-Hadid : 3 )
No comments:
Post a Comment