Wednesday, February 04, 2015

Taubat Disebalik Tangisan Air Mata

No comments:

Disebalik Tangisan

Dengan lafaz,
                      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
………Syukurku ke hadrat Allah S.W.T..dan selawat serta salamku kepada Nabi yangku cintai,Muhammad bin Abdullah.

   Di pertengahan usia, bagi umat-Mu Ya Rasulullah s.a.w.,tiada pernah aku rasa puas dengan apa yang aku kerjakan selama ini.Hidup penuh dengan kelalaian ke atas diri sendiri.Penyeksaan yang seringkali aku lakukan terhadap Rohaniku sendiri.
Seringkali mengejar sesuatu yang belum pasti keindahannya,tiada lagi senyum tawa di rauk wajah.Langkah menjadi kaku,hinggakan hilang arah tujuan.

  Masa dan keadaan seringkali membuatkan aku mudah tersasar dan lupa mencari kebenaran.Aku susunkan langkah dengan satu tujuan,namun ianya sekadar separuh jalan.Tiada iringan tangan,juga kata semangat,untuk aku teruskan perjuangan.
Bangun ku mencari,dimanakah,kemanakah,bagaimanakah semua ini bermain-main
 di fikiran.Tangisan tiada air mata,penatnya tiada berpeluh,kata-kata tiada bersuara.

  Ketika mana aku terjaga dari kegelapan,aku mula sedar bahawa sesungguhnya Allah Maha Penyayang.Bersyukur ku kepada-MU Ya Allah,dengan hidayat dan rahmat-Mu..Aku mula kenal,siapa aku,dimana aku,apakah yang perlu aku tunaikan.Engkaulah tempat terbaik untuk hamba-Mu ini mengadu dan meminta pertolongan.Engkaulah pencipta dan pentadbir langit dan bumi.Engkaulah yang Maha Berkuasa,Engkaulah yang Maha Mengetahui.Dan aku juga bersaksi Muhammad bin Abdullah itu persuruh-Mu,Rasul-MU…Ya Allah.

                      أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

 Apakah tangisan selama ini bernilai bagi-Mu Ya Allah?Apakah air mata yang mengalir itu sekadar sia-sia?Apakah keluh resah aku selama ini di Murkai oleh-Mu Ya Allah?

                                                  ………...أستغفر الله‎……...



   Ya Allah aku mohon kepada-Mu agar pintu Taubat-Mu masih terbuka luas untuk aku,dan Engkau menerima segala Taubatku kepada-Mu.Syukurku dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan.Ya Allah pilihlah dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang-orang yang berada didalam pandangan kasih sayang-Mu.Dan tergolong dikalangan mereka yang beriman,serta dikalangan penghuni syurga-MU.



No comments:

Post a Comment

Random Posts

News Blog

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Copyright © RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template