Monday, January 26, 2015

Peringatan Akan Bahaya Dunia

No comments:
   Dirawikan dari Abi Umamah Al-Bahili,bahawa Tsa'labah bin Hatib berkata:"Ya Rasulullah,berdoalah kepada Allah agar memberiku rezeki harta."Rasulullah berkata:"wahai Tsa'labah,sedikit yang engkau syukuri lebih baik daripada banyak namun engkau tidak kuat menerimanya."Dia berkata lagi:"Ya Rasulullah,berdoalah kepada Allah agar memberiku rezeki harta."Rasulullah berkata:"Wahai Tsa'labah,jika kau fikirkan aku cukuplah sebagai contoh.Tidakkah kau rela hidup seperti Nabi Allah ini?Ingat,demi Zat  yang aku dalam kekuasaan-Nya,jika aku mahu,gunung akan berjalan bersamaku sebagai emas dan perak ."Tsa'labah berkata:"Demi Zat yang mengutuskanmu sebagai nabi,jika engkau doakan aku kepada Allah agar memberiku rezeki harta,tentulah akan kuberikan haknya kepada yang memerlukan hak dan sungguh aku akan lakukan."Rasulullah SAW lalu berdoa:Allahumma Ya Allah,berilah Tsa'labah rezeki harta.Berilah kambing,"Kemudian terus membiak kambing-kambing itu seperti membiaknya ulat.Hingga seolah-olah kota itu (Madinah) sempit baginya.
    Akhirnya dia berpindah ke suatu jurang,disebabkan terlalu sibuk menguruskan kambingnya sampai dia hanya solat Zuhur dan Asar saja yang berjemaah sedang yang lainnya dia tinggalkan.Namun kambing itu terus membiak dengan banyaknya.Dia semakin meninggalkan jemaah kecuali solat Jumaat.Tetapi kambing itu terus bertambah juga sebagaimana bertambah-tambahnya ulat sehingga dia meninggalkan solat Jumaat.Dan ketika dia berjumpa dengan para penunggang dia tanya mereka tentang Madinah.Dan Rasulullah SAW.menanyakan dia:"Apa yang diperbuat Tsa'labah bin Hatib?"Maka dikatakan:"Wahai Rasulullah,kambingnya terlalu banyak hingga Madinah penuh sesak olehnya."Dan dikhabarkan perihal Tsa'labah seluruhnya.Kemudian Rasulullah SAW.berkata:"Rugilah wahai Tsa'labah!Rugilah wahai Tsa'labah!Rugilah wahai Tsa'labah!"Umamah berkata:"Kemudian Allah SWT.menurunkan ayat:
"Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka.Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan ( hati ) mereka."
                                                                                                   ( surah at-Taubah : 103 )   

    Dan Allah menurunkan kewajiban berzakat.Maka Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki dari     Jahinah dan lelaki dari Bani Sulaim untuk mengambil sedekah.Keduanya Rasulullah berikan surat kuasa untuk mengambil sedekah,lalu memerintahkannya keluar,maka keduanya pun mengambil sedekah dari kaum muslim ini.Rasulullah berkata:"Wahai saudaraku,aku perintah datang ke tempat Tsa'labah bin Hatib,ambillah zakatnya dan membacakan kepadanya surat dari Rasulullah s.a.w.Tsa'labah berkata:"Ini tidak lain adalah ceti.Ini tidak lain adalah ceti.Ini tidak lain adalah sama saja dengan ceti!"Kemudian keduanya pergi semula memunggut zakat.Lalu keduanya ke rumah Sulaimi.Ia mendengar kedatangan mereka,maka ia segera menyiapkan unta untuk zakat dan menyerahkannya kepada meraka.Ketika mereka melihat dia,mereka berkata:"Hal itu wajib bagimu dan kami tidak bermaksud mengambil itu darimu."Sulaimi berkata:"Ya,tapi ambillah,hatiku akan senang kerananya.itu kusediakan,memang agar kamu mengambilnya.
   Ketika keduanya telah habis mengutip zakat,mereka kembali.Sehingga mereka diperintahkan lagi datang ke rumah Tsa'labah dan meminta zakatnya.Tsa'labah berkata:"Tunjukkan kepadaku suratnya!"Setelah Tsa'labah melihatnya,dia berkata:"Ini sama saja dengan ceti.Kembalilah kamu.Aku fikir-fikir dulu."Meraka lalu pergi datang kepada Rasulullah s.a.w.Ketika melihat mereka,Rasulullah lalu berkata ."Celakalah engkau wahai Tsa'labah."Sebelum mereka memberitahu kepada Rasulullah dan berdoa untuk Sulaimi.Mereka lalu menceritakan sikap Tsa'labah dan apa yang diperbuat oleh Sulaimi.Kemudian Allah S.W.T. menurunkan ayat tentang Tsa'labah:


"د انتارا مريك ايت اد يڠ تله برجنجي دڠن الله.دمي ممبريكن كڤد كامي كورنياان-ڽ،نسچاي كامي صدقهكن دان كامي ترماسوق اورڠ-اورڠ صالح.تتكالا الله ممبريكن كورنياان-ڽ كڤد مريك،مريك منجادي بخيل ﴿كيكير﴾ دان برڤاليڠ،سداڠ مريك تتڤ برڤاليڠ.لالو الله منجاديكن عقيبة مريك جادي منافق دالم هاتيڽ،سمڤأي ڤد هاري مريك منموءي-ڽ ﴿هاري قيامة﴾،دسببكن مريك تله ملڠڬر يڠ مريك جنجيكن دان كران مريك بردوستا."
﴿ سوره التاوبه : 75-77 ﴾


Di sisi Rasulullah s.a.w.,ketika itu,ada seorang lelaki kerabat Tsa'labah.Dia mendengar ayat yang diturunkan Allah itu.Lalu dia pergi ke rumah Tsa'labah.Dia berkata:"Tidak ada pergantungan lagi kau wahai Tsa'labah,Allah telah 
"…………………...menurunkan ayat tentang engkau demikian
  Tsa'labah pun lalu keluar dan datang kepada Rasulullah s.a.w.Dia memohon kepada Rasulullah agar menerima zakatnya.Rasulullah s.a.w.berkata:"Allah telah melarangku untuk menerima zakatmu."Tsa'labah bukan kepalang sedihnya,sehingga dia menaburkan debu dikepalanya.Rasulullah berkata kepadanya:"Ini adalah dari sikap sendiri.Aku telah memerintahkanmu.Tapi kamu tidak mentaatiku."Ketika Rasulullah s.a.w. telah menolak menerima sesuatu darinya,ia lalu kembali ke rumahnya.Setelah Rasulullah meninggal,dia datang kepada Abu Bakar r.a.Tapi Abu Bakar menolak pemberian darinya.Dia memberikan zakatnya kepada Umar r.a.Umar pun tidak mahu menerimanya.Dan Tsa'labah meninggal dunia setelah kekhalifahan Usman r.a."

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Apakah Yang Di Maksudkan Dengan Saka
    31.01.2015 - 1 Comments
    RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN "Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap,…
  • Abu Umamah r.a,Anas bin Malik
    06.12.2014 - 0 Comments
     Petikan Hadith 4 Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa…
  • Logo Halal di Malaysia
    11.01.2015 - 0 Comments
    Takrifan Halal Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai : Pihak Berkuasa Yang…
  • Hidayah Allah SWT Kepada Hamba-Nya
    05.02.2015 - 0 Comments
     Hidayah Allah S.W.T. yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya terbahagi menjadi hidayah umum dan…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Bagi setiap nabi ada cara rohbaniahnya (meninggalkan dunia dan keseronokannya). Rohbaniah umatku ialah berjihad di jalan Allah SWT. (HR Ahmad)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template