Sunday, January 25, 2015

Keburukan Dunia

No comments:

Pada suatu ketika,Rasulullah SAW berjalan melalui seekor kibas yang telah mati,lalu Baginda SAW bersabda:
  "Bagaimanakah pendapatmu semua mengenai kibas ini,Adakah ia hina (tidak berharga sama sekali) bagi pemiliknya?"Para sahabat menjawab : "Benar dan kerana tidak berharga lalu mereka buangkan sahaja."Baginda SAW bersabda lagi: "Demi zat yang jiwaku ada di dalam kekuasaan-Nya,bahawa dunia ini lebih hina di sisi Allah dari kibas yang mati ini bagi pemiliknya.Andai kata dunia ini di sisi Allah dianggap menyamai harga selembar sayap seekor nyamuk,tidaklah Dia akan memberikan minum kepada seseorang kafir seteguk air pun daripadanya."
                                                                                  ( Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Hakim )


Baginda bersabda lagi:
"Mencinta dunia adalah pokok daripada segala keburukan."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dan Baihaki)


Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya dunia ini adalah manis dan hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua sebagai khalifah(penghuni) di sini ,maka akan diperiksa bagaimana kamu semua beramal."                                                                                                             (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • Menyayangi Diliputi Resah Dan Pilu
    27.01.2015 - 0 Comments
     Tatkala hidup ini diliputi rasa resah dan pilu,kita sering mencari di mana permulaan salah silap dan di…
  • Nama Lain Bagi Hari Akhirat
    27.01.2015 - 0 Comments
    Hari akhirat memiliki beberapa nama lain (julukan) yang diberikan oleh Allah sendiri…
  • Kehidupan Dunia Yang Berbeza
    09.02.2015 - 0 Comments
    Inilah kehidupan Dunia Kisah kita mungkin berbeza Cerita kita mungkin tidak sama Kesedihanmu…
  • Bila Nafsu Melebihi Iman Akal Tiada Erti
    12.04.2015 - 0 Comments
    Bila Nafsu Dijual Iman Menjadi Pemborong Akal menjadi lusuh  Fikir keseronokan semua orang…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari ‘Amr bin Abasah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda SAW menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda SAW menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan. (HR Musnad Ahmad)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template