Wednesday, November 12, 2014

PETIKAN HADITH

No comments:


Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang boleh memberi jaminan kepadaku terhadapa anggota-anggota yang berada di antara kedua-dua tulang rahang dan di antara dua paha( bahawa dia tidak salah menggunakan lidah dan kemaluannya ) maka aku menjaminkan syurga untuknya "
( Bukhari )

Sayyidina 'Uqbah bin 'Amir r.a berkata saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
"Wahai Rasulullah ,apakah cara untuk mendapatkan keselamatan?"Baginda s.a.w menjawaba,"Peliharalah lidah kamu,tinggallah di dalam rumah kamu( jangan ke sana ke mari tanpa tujuan ) dan menangislah atas kesalahan - kesalahan kamu."
( Tarmizi )

Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,:
"Sesungguhnya seseorang hamba berkata-kata dengan sesuatu perkataan yang dia rasa tidak menjadi apa-apa kesalahan namun kerana itu dia akan jatuh ke dalam neraka sejauh jarak perjalanan tujuh puluh tahun".
( Tarmizi )

Sayyidina 'Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: ,
"Apabila seseorang hamba bercakap dusta maka malaikat akan menjauhkan diri daripadanya sejauh satu batu kerana busuk pendustaannya itu"
( Tirmizi )

No comments:

Post a Comment

Random Posts

  • KepadaMu KEKASIH
    14.12.2011 - 0 Comments
    kepadaMu KEKASIH Kepadamu kekasih Aku berserah Kerana kutahu Kau lebih mengerti Apa yang terlukis di cermin…
  • Apakah Jubbul-Hazan itu?
    04.08.2014 - 0 Comments
    Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Hendaklah kamu meminta…
  • KAU YANG SATU
    08.11.2014 - 0 Comments
    Kau yang Satu Kaulah Yang Maha Esa Kaulah Yang Maha PengasihKaulah Yang Maha…
  • KATA-KATA KELEBIHAN TASBIH
    10.07.2014 - 0 Comments
    Ayat-ayat kelebihan Tasbih "Dan sebutlah ( nama ) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah pada waktu…

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan,maka dia dijadikan pintar dalam agama dan diilhami oleh-Nya kepandaian dalam perkara itu" Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata"...diilhami oleh-Nya kepandaian" diriwayatkan oleh Thabrani .

Dari Abu Tsabit, dalam suatu riwayat lain disebutkan Abu Said dan dalam riwayat lain pula disebutkan Abulwalid, iaitu Sahl bin Hanif r.a, dan dia pernah menyaksikan peperangan Badar, bahawasanya Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memohonkan kepada Allah SWT supaya dimatikan syahid dan permohonannya itu dengan secara yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tingkat orang-orang yang mati syahid, sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya. (Riwayat Muslim)

Copyright © 2025 RealEye4U...

Canvas By: Fauzi Blog Responsive By: Muslim Blog Seo By: Habib Blog Shared By: Islamic Blogger Template